Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

BN dibenar demo bila Pakatan kuasai Putrajaya


SHAH ALAM: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, Pakatan Rakyat tidak akan menghalang hak BN untuk berdemonstrasi apabila Pakatan Rakyat diberi mandat mengusai Putrajaya.

Malah menurutnya, Pakatan Rakyat juga akan memastikan SOP polis yang betul diginakan pada himpunan yang akan diterajui Umno itu nanti.

"Kami akan bagi ruang pada BN nanti sekiranya kami kuasai Putrajaya.

"BN yang ketika itu sebagai parti pembangkang akan dibenarkan berhimpun atau melakukan demonstrasi secara aman tanpa ada sebarang kekecohan atau provokasi yang terjadi kepada perhimpunan yang disertai PR lalu," katanya dalam Debat Sinar malam tadi.

Debat malam tadi menemukan beliau dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dengan Prof Datuk Mohamad Abu Bakar sebagai perantara.

Menurut beliau lagi, demonstrasi aman adalah dijamin perlembagaan dan merupakan salah satu cara bagi menegur pihak pemerintah apabila teguran melalui ruang-ruang lain yang ada tidak diendahkan.

Apatah lagi dalam keadaan negara kita yang masih belum sampai tahap demokrasi yang sempurna, maka demonstrasi katanya salah satu cara untuk menjadikan demokrasi lebih matang.

"Kita masih belum sampai satu sistem yang sempurna tapi sedang menuju ke arah kesempurnaan.

"Jika negara menerima demonstrasi ia adalah pengukuhan untuk negara, tapi sekiranya tidak, ia adalah keruntuhan bagi sesebuah negara," tambah ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Salahuddin juga berkata, demonstrasi secara aman boleh dijadikan sebagai alat untuk menghentikan kemelut kepada negara yang impikan demokrasi.

Dalam pada itu beliau memberitahu, demonstrasi jalanan tidak akan berlaku sekiranya demokrasi diamalkan secara adil dan ruang yang cukup diberikan terhadap semua parti.

"Ruang bersuara ketika pilihan raya kecil dan pilihan raya umum umum terlalu kecil, maka rakyat yang ada hanya lidah dan gigi ini turun ke jalan raya untuk menuntut hak mereka,"

Pada masa sama, beliau menafikan siri himpunan Bersih yang beberapa dianjurkan NGO sebelum ini adalah untuk mencetus huru-hara dan cuba mengguling kerajaan.

"Demonstrasi yang diadakan kami (PR) melalui Bersih 3.0 terutamanya bukan untuk meruntuhkan (kerajaan) tapi mengukuhkan kerajaan dan menuntut hak demokrasi yang diamalkan oleh negara.

"Yang jadi huru-hara sebab ada tembakan gas, tu yang jadi huru hara.

"Cuba ambil seekor ular, dan campak ditengah-tengah orang ramai dewan ini, apa akan jadi pada dewan ini," soalnya.

Baginya, hanya kerajaan yang berpura-pura dengan keadilan demokrasi sahaja yang takut dengan demonstrasi rakyat.
.

0 Komen pengunjong :