Anggap kes Scorpene tak serius: Anifah Aman digesa letak jawatan


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyanggah kenyataan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman seperti yang dilapor oleh Malaysiakini kononnya perbicaraan dakwaan rasuah dalam isu pembelian kapal selam Scorpene yang sedang berlangsung di Perancis bukan satu perkara yang perlu diberikan perhatian oleh Malaysia buat masa ini. Anifah juga turut menyebut kes tersebut sebagai ‘bukan perkara serius’.
Kenyataan Anifah sebagai seorang menteri dilihat kurang bertanggungjawab memandangkan isu skandal rasuah kapal selam ini mendapat liputan di peringkat antarabangsa. Skandal ini memalukan negara dan telah diberitakan di beberapa akhbar seluruh dunia.
Ia termasuklah dakwaan Ahli Parlimen negara Malta bahawa perunding kewangan yang berpangkalan di Malta milik Perancis, sedang disiasat kerana peranannya dalam pembelian kontroversi dua kapal selam itu pada  berharga AS$1 (RM3.1 bilion) oleh kerajaan Malaysia.
Skandal scorpene diparahkan lagi dengan pendedahan penjualan dokumen sulit maklumat pertahanan negara seperti yang dilapor oleh Suaram.
Perkara ini juga membawa kepada laporan polis daripada SAMM di seluruh negara bagi mendesak pihak polis membuka kertas siasatan. Dalam isu berkaitan, Najib Razak yang diam menikus apabila dilaporkan pernah bertemu Altantuya di Paris oleh seorang wartawan The Phnom Penh Post minggu lalu turut menggemparkan negara. Apakah ini tidak cukup serius?
SAMM melihat isu rasuah, penyelewengan, kebocoran maklumat keselamatan negara dan pembunuhan ‘tanpa motif’ adalah perkara yang serius. Lebih daripada serius apabila Perdana Menteri sesebuah negara itu turut diheret sama.
Kedangkalan Anifah dalam mengeluarkan kenyataan menjadi tanda tanya apakah ia bertujuan untuk mengampu Perdana Menteri bagi menjamin ‘kerusi selamat’ dan seterusnya kekal status jawatan menteri memandangkan pilihan raya sudah semakin hampir?
Justeru itu, kegagalan Anifah menentukan apakah definasi sebenar ‘serius’ dalam mengurus negara membuatkan SAMM secara keseluruhannya bersetuju bahawa Anifah harus meletak jawatan sebagai Menteri Luar kerana tidak serius menjadi seorang menteri.
.

1 comment :

  1. kalau dh x mampu nak jalankan tugas....letak je jawatan...rakyat bayar gaji suruh kerja bukan tdo..bodoh dan bangangggg nak mampus

    ReplyDelete