Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

PKR tegaskan Pakatan tidak peroleh keuntungan dari Bersih 3.0


PETALING JAYA — Angkatan Muda PKR hari ini menolak dakwaan Bersih 3.0 digunakan Pakatan Rakyat (PR) kerana menurut sayap pemuda PKR itu, mereka tidak memperolehi sebarang keuntungan daripada aspek “political mileage” daripada perhimpunan tersebut.
Ketua AMK PKR, Shamsul Iskandar Md Akin, menegaskan, perkara itu adalah agenda Umno untuk mencalarkan imej Bersih.
“Apa 'political mileage' yang kami dapat dari Bersih 3.0? Malah kami terpaksa menerima kecaman negatif dan kerajaan memberikan publisiti buruk Pakatan Rakyat,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.
Jelas Shamsul, penyertaan PR ke dalam Bersih adalah atas dasar dan matlamat perjuangan yang saman — mahukan pilihan raya di negara ini dijalankan dalam keadaan bersih dan adil.
“Kami mahukan perubahan. Tuntutan Bersih selari dengan PR,” katanya lagi menolak dakwaan PR menggunakan bersih untuk tujuan politik mereka.
Shamsul juga menambah, pihaknya berbesar hati dengan pengumuman kerajaan mewujudkan panel bebas bagi menyiasat insiden keganasan Bersih 3.0 pada 28 April lalu namun menegaskan, PKR mahu hanya panel yang betul-betul bebas dijadikan sebagai ahli jawatankuasanya.
“Kami mengalu-alukan cadangan kerajaan mewujudkan panel bebas namun ianya sia-sia jika individu yang dilantik itu tidak mempunyai kredibiliti.
“Ahli panel tersebut mestilah terdiri daripada perwakilan Bersih, Pakatan Rakyat, wakil kerajaan dan juga termasuk kumpulan wartawan.”
Kenyataan Shamsul itu dibuat sebagao respon kepada gerakan anti PKR yang menuntut Pengerusi Bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan daripada terus dipergunakan PR.
Ambiga” adalah laman web yang menyokong Bersih telah menuduh pembangkang menggunakan pergerakan itu untuk “agenda politik mereka”.
Laman web satu muka surat itu wujud selepas Bersih 3.0 pada 28 April lalu menyaksikan ribuan peserta demonstrasi turun ke jalanan menuntut pilihan raya bebas dan adil berakhir dengan tragedi apabila perusuh kemudiannya bertempur dengan pihak berkuasa.
Tajuk laman web tersebut berjudul “Hentikan Pakatan Rakyat mempergunakan pergerakan kita”.
Dan memaparkan wajah Ambiga bersama-sama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memakai baju t-shirt Bersih 3.0.
Laman web itu mangandungi emel automatik yang membolehkan pelawat menghantar emel kepada Datuk Ambiga “jika mahu menghentikan perkara itu”.
Ambiga telah berulang kali menafikan dakwaan PR menggunakan Bersih untuk mendapat sokongan politik. Beliau turut kritikal terhadap pemimpin pembangkang dalam memainkan peranan mereka dalam Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) berkenaan penambah baikan pilihan raya.
Anwar dan Azmin Ali menerima kritikan hebat terhadap tindakan mereka yang mendakwa mengarahkan perusuh untuk merempuh halangan polis dan menceroboh ke kawasan Dataran Merdeka, yang mana mencetuskan rusuhan tersebut bertukar menjadi ganas.
Media antarabangsa melaporkan demonstrasi Bersih telah mencalarkan imej negara apabila polis menggunakan kekerasan untuk menyuraikan perusuh.
Akibat daripada keganasan yang berlaku, pihak polis kemudiannya mula melepaskan gas pemedih mata ke arah perusuh bagi menyuraikan keadaan.
Penganjur perhimpunan itu tetap mempertahankan tindakan mermeka menuntut pilihan raya yang adil dan bersih akibat daripada kegagalan kerajaan melaksanakan pembaharuan terhadap sistem pilihan raya di negara ini.
Namun begitu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib menjelaskan perhimpunan Bersih 3.0 itu adalah satu cubaan pembangkang untuk menggulingkan kerajaan dan menurutnya, penganjur juga bercadang untuk menduduki kawasan dataran bagi tujuan tersebut seperti mana insiden di Dataran Tahrir di Mesir.
.

0 Komen pengunjong :