Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Imej Najib buruk kerana pilihan raya kotor

KUALA LUMPUR 19 MEI: Imej Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri buruk bukan kerana teriakan Bersih di London, tetapi disebabkan beliau mengamalkan pilihan raya kotor, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.
Bercakap kepada Keadilan Daily, Surendran berkata kritikan itu berlaku disebabkan rakyat Malaysia tidak berpuas hati dengan salah laku Umno-Barisan Nasional dalam pilihan raya.
“Najib tidak pernah mendengar apa yang disuarakan rakyat supaya pilihanraya bersih dan adil. Sebaliknya beliau memperkudakan polis untuk melakukan keganasan terhadap mereka yang menuntut keadilan,” katanya  merujuk keganasan anggota polis ketika himpunan Bersih 3.0.
Pada 14 Mei lalu, kehadiran Najib dalam satu pertemuan dengan rakyat Malaysia di o2 Arena London, diganggu sorakan sekumpulan penyokong Bersih sehingga memaksa beliau meminta supaya perkara itu dihentikan.
Mengulas lanjut, Surendran berkata tiada cara lain boleh dilakukan apabila suara rakyat tidak didengar melainkan menggunakan kebebasan bersuara di luar negara untuk menyatakan ketidakpuasan hati kepada kerajaan.
Beliau berkata, rakyat terpaksa menggunakan peluang itu untuk mengkritik Najib ekoran kekangan undang-undang bersifat kuku besi di negara sendiri.

0 Komen pengunjong :