KUALA LUMPUR 13 Mei: Majoriti peneroka Felda berang dengan tindakan
biadap perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak mengeluarkan perkataan
makian kepada peneroka yang menentang penyenaraian Felda Global Ventures
Holding (FGVH).
Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said berkata,
perkataan ‘haram jadah’ yang digunakan Najib langsung tidak
menggambarkan dirinya sebagai seorang pemimpin, apatah lagi negarawan
yang baik.
“Najib sangat terdesak dan panik dengan kebangkitan peneroka yang menuntut hak mereka hingga sanggup mencerca peneroka Felda.
“Ramai peneroka marah dengan kata-katanya. Adakah orang seperti ini
masih mahu dipertahankan?,” katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.
Pada 8 Mei lalu, Najib menghamburkan perkataan biadap ‘Haram Jadah’
sebanyak dua kali dan menyatakan pengkhianat tidak boleh menerima
‘durian runtuh’ yang diberi oleh Felda.
Kata-kata itu diucap di Felda Jengka 8, Pahang ketika mengumumkan pemberian RM15,000 kepada setiap keluarga peneroka.
Bagaimanapun, kata Suhaimi, wang berkenaan merupakan umpan supaya
peneroka bersetuju dengan penyenaraian FGVH, malah pembayaran sebanyak
tiga kali yang dibuat juga mencurigakan.
“Semua peneroka Felda tahu ganjaran RM15,000 itu hanyalah umpan.
Pelik rasanya bila dibayar secara berperingkat, sebanyak tiga kali.
“Kalau Najib yakin boleh menang, beri terus wang itu. Kenapa
berperingkat? Kita bimbang janji tinggal janji. Kalau Barisan Nasional
kalah kelak, baki wang tak dillunaskan,” kata Suhaimi.
Kata Suhaimi, sebagai talian hayat Umno-BN, pengundi Felda terus
diasak dengan taburan ‘wang segera’, semata-mata untuk mengekalkan
sokongan.
Pada masa ini terdapat 54 kawasan Parlimen dan 96 Dewan Undangan
Negeri (DUN) melibatkan penempatan Felda di 317 tanah rancangan.
0 Komen pengunjong :