Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Dakwaan terhadap Anwar, Azmin bermotif politik


KUALA LUMPUR : Pendakwaan terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan parti itu berhubung himpunan Bersih 3.0 adalah jelas bermotifkan politik, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Sivarasa Rasiah.
“Motif politik dalam pendakwaan terbaru ini adalah jelas.
“Selepas gagal menghalang Anwar dengan rekaan tuduhan liwat, Peguam Negara, Gani Patail,  dengan arahan daripada pihak atasan, kini sekali lagi terdesak untuk cuba menghentikan kemaraan Anwar ke Putrajaya,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Petang tadi, Anwar, Timbalannya, Azmin Ali dan Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shaharin menerima writ saman untuk ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada jam 9 pagi esok.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh,  mereka akan dihadap dengan tuduhan di bawah Seksyen 4 (2) (c) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) iaitu menganjur atau menyertai suatu protes jalanan.
Sivarasa berkata, dakwaan bahawa mereka mengarahkan peserta Bersih 3.0 memecahkan penghadang ke Dataran Merdeka adalah mengarut apabila bukti video jelas menunjukkan Anwar mengarahkan peserta himpunan itu menuju Jalan Tun Perak.
“Tuduhan kedua iaitu hadir dalam protes  jalanan adalah bertentangan dengan Akta Perhimpunan Aman 2012.
“Pendakwaan terhadap Anwar dan lain menunjukkan sikap hipokrit Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang selama ini melaungkan program liberalisasi dan transformasi politik,” katanya lagi.
Difahamkan jika sabit kesalahan, ketiga-tiga pimpinan KEADILAN itu akan hilang kelayakan untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

0 Komen pengunjong :