Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Anwar: Kerajaan Najib lemah dari ekonomi, moral dan intelektual


Pertumbuhan ekonomi yang lembap iaitu pada kadar 4.7% dalam 2012 seperti yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia baru-baru ini memberikan kesan serius terhadap kewangan negara.  Ini adalah kali kedua pentadbiran Najib Razak gagal untuk mencapai sasaran penting ekonomi berdasarkan Belanjawan 2012.  Bukan sahaja beliau gagal memenuhi sasaran pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2011, pentadbirannya juga tidak berjaya melepasi sasaran pertumbuhan pelaburan swasta pada takuk 14.4% sahaja (berbanding sasaran 16.2%).

Saya telah mengingatkan Najib (gambar kanan) bahawa kecenderungan beliau memanipulasi unjuran pertumbuhan ekonomi untuk mempamerkan angka defisit yang lebih rendah adalah tidak bertanggungjawab.  Ketika perbahasan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat pada 10 Oktober 2011, saya juga telah menegaskan bahawa andaian ekonomi yang digunakan (iaitu pertumbuhan 5.0% - 5.5% dan 5% - 6% untuk tahun 2011 dan 2012) adalah tidak tepat.

Kini terbukti bahawa andaian tersebut yang digunapakai dalam perancangan Belanjawan 2012 bersifat tidak absah.  Pengumuman Bank Negara Malaysia pada 21 Mac 2012 yang menyemak unjuran pertumbuhan ekonomi 2012 kepada 4% hingga 5% sahaja menyetujui gesaan saya supaya Belanjawan 2012 dibentangkan semula.

Oleh itu, saya ulangi gesaan yang dibuat di Dewan Rakyat sebelum ini bahawa Belanjawan 2012 seharusnya dibentangkan semula dan dibahaskan dalam Parlimen pada sesi bulan Jun ini memandangkan andaian pertumbuhan yang digunakan adalah salah.  Jika Barisan Nasional berterusan membelanjakan wang negara berdasarkan belanjawan tersebut, ini akan memberikan kesan parah terhadap kadar defisit dan ianya boleh melangkaui had 55% nisbah hutang negara berbanding KDNK.

Kenyataan mengelirukan oleh Najib bahawa Pakatan Rakyat tidak berhasrat untuk melaksanakan kebijakan ekonomi yang jelas setakat ini juga perlu disanggah.  Beliau secara jelas telah mengelirukan khalayak rakyat tatkala menuduh Pakatan Rakyat menjanjikan gaji minima sebanyak RM4,000.

Pakatan Rakyat mencadangkan pendekatan tuntas untuk mengatasi kemerosotan ekonomi kesan ketidakcekapan tatakelola dan penyelewengan Barisan Nasional.  Satu daripada penjajaran semula ekonomi yang dicadangkan adalah dengan mengubah dasar yang menumpukan kepada sasaran ekuiti 30% Bumiputera yang disalahguna oleh Barisan Nasional; kepada sasaran ekonomi berteraskan pendapatan minima RM4,000 sebulan untuk setiap isi rumah bagi setiap keluarga dalam tempoh lima tahun tempoh pentadbiran Pakatan Rakyat.  Malang sekali apabila Perdana Menteri Malaysia tidak dapat membezakan di antara gaji minima yang dikuatkuasa melalui undang-undang buruh dan sasaran pendapatan isi rumah yang dicapai melalui kebijakan ekonomi.

Sasaran ekuiti 30% Bumiputera telah dimanipulasi oleh kroni dan pihak berkepentingan untuk memperkayakan diri mereka sedang rakyat jelata terus sengsara.  Jurang di antara kelompok kaya dan miskin semakin meluas dengan ketara akibat penyelewengan yang dilakukan kononnya atas keperluan mencapai sasaran 30% ekuiti ini.

Pengurusan kekayaan negara secara lebih adil seharusnya ditumpukan untuk memastikan setiap keluarga menikmati mutu hidup yang baik.  Pendapatan setiap keluarga mesti ditingkatkan sejajar dengan peningkatan kos kehidupan.  Setiap keluarga mesti meraih pendapatan yang lebih tinggi dari garis kemiskinan supaya mampu membuat pelaburan untuk masa depan anak-anak mereka.

Justeru, sasaran ekonomi yang ditetapkan oleh Pakatan Rakyat agar jumlah pendapatan setiap keluarga di Malaysia sekurang-kurangnya mencecah RM4,000 sebulan bukan saja tepat secara moral, bahkan mampu untuk dicapai menerusi gabungan dasar ekonomi pro-rakyat yang dicadangkan.

Najib tidak sewajarnya mengkritik dasar-dasar ekonomi Pakatan Rakyat apabila beliau sendiri terus mengelak untuk berdebat secara terbuka tentang dasar-dasar tersebut.  Jika beliau yakin bahawa Pakatan Rakyat tidak berkemampuan untuk melaksanakan tawaran-tawaran ekonomi tersebut, beliau seharusnya berani untuk mempertahankan pendirian beliau itu dalam perdebatan terbuka.

Keengganan beliau untuk berdebat dengan saya berkaitan dasar-dasar ekonomi hanya mengesahkan dakwaan mutakhir ini bahawa beliau sememangnya memimpin sebuah kerajaan yang lemah - baik dari aspek ekonomi, moral dan juga intelektual.
.

0 Komen pengunjong :