Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Kaitkan Kes Hina Raja – Umno/BN Tandus Isu



SHAH ALAM 16 APR : Dakwaan kononnya pemimpin pembangkang menghina Raja-raja Melayu sengaja digembar-gemburkan untuk mengaburi mata rakyat daripada pendedahan demi pendedahan kecacatan Umno/BN selain turut bertindak sebagai senjata perkauman menjelang Pilihanraya Umum akan datang ini.
Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Tantawi menjelaskan mainan politik murahan sebegini sememangnya sudah dijangka memandangkan Umno/BN ketandusan idea untuk mencari kelemahan Pakatan Rakyat.
“Inilah alternatif terdesak mereka bagi mengalih pandangan rakyat daripada segala penyelewengan dan kepincangan kerajaan pimpinan mereka ketika ini.
“Isu yang cuba dibangkitkan ini juga adalah antara isu mudah untuk menarik perhatian rakyat kerana ini isu sensitif berkaitan institusi Kesultanan dan Raja-raja Melayu.
“Namun, dakwaan yang dibuat itu tidak disertakan dengan bukti walhal menjadi prinsipnya sesuatu tuduhan itu mestilah dinyatakan dengan bukti dan sokongan, bukan sekadar kata-kata seperti budak-budak sekolah yang tidak matang,” ulas Nasrudin ketika dihubungi melalui panggilan telefon petang tadi.
Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Nasrudin berkata, Umno/BN sendiri dalam catatan sejarah telah berulang kali melakukan kebiadapan terhadap Institusi di Raja.
“Contoh paling jelas ialah sewaktu pemerintahan Tun Dr. Mahathir sehingga golongan Raja-raja pada ketika itu begitu terpukul dan malu dengan tindakan beliau sewenang-wenangnya menidakkan bidang kuasa Sultan.
“Begitu juga keadaan yang berlaku di Kelantan suatu ketika dahulu mengenai krisis pertabalan Sultan selain ucapan provokasi mereka terhadap Sultan. Ini semua kebiadapan yang jelas oleh Umno/BN,” sambung Nasrudin.
Beliau turut yakin Pakatan tiada masalah mengenai cadangan untuk diadakan Siasatan Diraja bagi menyiasat dakwaan yang dilemparkan Umno/BN asalkan ianya dilakukan secara telus dan adil.
“Jika benar ingin disiasat, harap ia dijalankan dengan saluran yang betul dan tiada motif politik menjatuhkan atau menganiaya pihak lain.
“Bagaimanapun, saya yakin pimpinan Pakatan tidak melakukan perkara seperti didakwa kerana sejak awal kami meletakkan rasa hormat yang tinggi terhadap Raja-raja berasaskan peruntukan undang-undang dan perlembagaan negara,” akhiri Nasrudin.

2 comments :

  1. Weiii.
    Lembu2 umno sekarang ni dah jadi samseng, merosakkan majlis orang betul2 memalukan raja2 melayu.

    Sikap lembu2 melayu umno ini mencemarkan dan menjatuhkan martabat raja2 melayu. Sikap samseng melayu2 umno ini telah menggambarkan seolah2 sikap raja2 melayu memang samseng.

    Kita patut buat lapuran polis bahawa lembu2 melayu umno ni telah menjatuhkan maruah raja2 melayu. Mereka telah menghina raja2 melayu.

    ReplyDelete
  2. Dalam sejarah Malaysiani,UMNO ni bukan setakat HINA raja2 Melayu malah pernah MENGHAPUSKAN kuasa raja2 Melayu melalui parlimen. Raja2 melayu dah jadi macam "tunggul" akibat perbuatan pemimpin2 umno.

    INGAT.....
    Sejarah tak boleh di padam, tetapi, fakta ini umno boleh padam.

    ha..ha..ha..

    ReplyDelete