Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Skandal kehilangan RM100 bilion, siasat Mahathir

KUALA LUMPUR : Angkatan Muda KEADILAN menggesa Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang dikaitkan dengan skandal kehilangan wang pembayar cukai semasa pentadbiran beliau.
Ketua Penerangan AMK, Lee Khai Loon merujuk pendedahan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mendakwa pembayar cukai kehilangan RM100 bilion selama selama 22 tahun pentadbiran Mahathir.
“SPRM perlu meminta kerjasama Tun Mahathir untuk memberi maklumat berkenaan dengan gejala rasuah yang berlaku semasa pentadbiran beliau untuk memastikan matlamat pembasmian rasuah tercapai,” katanya dalam satu kenyataan.
Susulan kenyataan Kit Siang, Mahathir secara sinis mencadang kerajaan mengadakan audit penuh kepada penerima gelaran Tun semasa pentadbirannnya.
Mengulas lanjut, Khai Loon berkata, SPRM perlu bertindak lebih tegas terhadap pemerintah dan penjawat awam berpangkat tinggi  supaya rasuah tidak berlaku dengan sewenang-wenangnya.
“Kita tidak mahu SPRM hanya berani mengambil tindakan ke atas ikan bilis dan membiarkan ikan jerung bermaharajarela,” ujarnya.

0 Komen pengunjong :