Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Selesai isu Felda atau hadapi himpunan rakyat


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta kerajaan agar menyelesaikan segera isu Felda sekiranya tidak mahu menghadapi tentangan paling hebat dalam sejarah politik negara.
“Ini kerana Felda adalah isu orang Melayu dan pengundi Felda semenjak dahuku sehinga sekarang merupakan ‘deposit simpanan tetap’ Umno BN, justeru itu mereka perlu menangani isu ini dengan cermat dan berhati-hati,” kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor.

Namun demikian, katanya dengan polemik yang berlaku khususnya membabitkan pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda ia menggusarkan banyak pihak.

Katanya, warga dalaman Felda meluahkan rasa tidak puas hati mereka ekoran pelantikan itu kerana membelakangkan suara warga Felda sendiri sementara Isa Samad seakan suatu bayangan yang mengerikan buat warga Felda.

Selain itu, ujarnya lagi isu penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia turut mengundang kemarahan banyak pihak khususnya warga felda.

Menurutnya, ramai beranggapan isu itu bakal menggadaikan tanah peneroka Felda seluruh negara.

Katanya, pelbagai bantahan, rundingan, memorandum dibuat namun kerajaan masih tetap berdegil meneruskan hasratnya.

Justeru, ujarnya DPPM mengingatkan jika Perdana Menteri tidak mampu menyelesaikan kemelut dalaman Felda dalam masa yang singkat, tidak mustahil himpunan sebesar Himpunan Hijau 2.0 atau lebih besar dari itu akan dibuat.

“Sekiranya Himpunan Hijau 2.0 diadakan kerana ianya membabitkan penduduk di kawasan Kuantan, Pahang, isu Felda pula amat menyeluruh dan melibatkan 112,635 peneroka divseluruh negara dengan 800,000 daripadanya merupakan generasi kedua dan ketiga,” katanya kepada Harakahdaily.

Felda pula, katanya memiliki 317 tanah rancangan dan memiliki keluasan 360,000 hektar tanah di seluruh negara.

“Ini bererti kepentingan Felda dimiliki oleh ratusan ribu rakyat yang secara khususnya mereka ini adalah orang Melayu,” katanya.

Oleh itu, katanya DPPM menasihatkan kerajaan supaya menangani isu Felda dengan bersungguh-sungguh dengan mengambil kira pandangan rakyat umum.

Tambahnya, kerajaan tidak boleh silap percaturan, kerana ia melibatkan masa depan rakyat, lebih dari itu, ia mungkin menjadi noktah terakhir buat Umno BN berkuasa di negara ini.

0 Komen pengunjong :