Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pemuda PAS: Najib hanya berani di gelanggang diri!


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat kenyataan Najib Razak bahawa beliau sedia berdebat mengenai politik dengan sesiapa saja yang berfikiran munasabah dan yang serius mengenai masa depan negara sebagai alasan untuk mengelakkan perdebatan.  Bagi DPPM, Najib Razak sebenarnya ketakutan untuk berdepan dengan pemimpin Pakatan Rakyat yang mahu berdebat dengan beliau serta gentar terhadap kebenaran yang bakal dibongkar di atas pentas perdebatan.  Kerana itulah beliau terus beralasan dan mencari helah bagi mengelakkan pertembungan yang boleh menjatuhkan kredibiliti beliau.

DPPM merasakan Najib (gambar kanan) lebih suka memilih "menembak dari jauh" atau melalui satu pihak sahaja iaitu menggunakan sepenuhnya media utama negara daripada berdepan dengan hujah balas pihak lawan.  Ia mengulangi episod pemimpin-pemimpin UMNO terdahulu yang gemar menyerang pembangkang melalui media tanpa diberi peluang pemimpin lawan mengemukakan hujah bagi menjawab tuduhan mereka.

Sedangkan rakyat melihat "regu" debat terbaik buat Najib adalah Anwar sendiri.  Selain Najib merupakan Perdana Menteri Malaysia, beliau juga adalah Presiden UMNO.  Manakala Anwar Ibrahim pula adalah Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR.  Sudah tentu kedua-duanya layak untuk digandingkan bersama di atas satu pentas.  Jika tidak, Najib juga boleh memilih Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai teman perdebatan kerana Presiden PAS juga hebat dan setara dengan beliau.

Jika pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat juga boleh dianggap "tidak munasabah" dan tidak serius memikirkan masa depan negara seperti menurut perkiraan Najib, siapakah pula mereka yang boleh dianggap munasabah?  Mungkin Najib rasa hanya beliau dan orang partinya sahaja yang berfikiran munasabah dan serius memikirkan masa depan negara manakal pihak lain tidak.

Najib juga tidak harus merasa bimbang sekiranya pemimpin-pemimpin ini gagal mengawal diri apabila berdepan dengan sesuatu perdebatan.  Perdebatan ini akan berlangsung dengan penuh ilmiah dan memelihara adab kesopanan.  DPPM yakin, pemimpin Pakatan Rakyat tidak emosi jika berada di atas pentas.  Sudah acapkali pemimpin Pakatan Rakyat berdebat atau berpidato.  Malah Najib juga boleh menghadkan penyokong supaya tidak terlalu ramai.  DPPM juga sanggup berjanji, bahawa penyokong PAS dan Pakatan Rakyat tidak mengganggu beliau ketika sesi debat tersebut.

Justeru, DPPM meminta Najib jangan lagi mencari alasan untuk mengelakkan perdebatan.  Jika beliau enggan, beliau harus menolak terus debat tersebut tanpa mencari alasan lain.  Ini akan menjelaskan lagi siapa Najib di sisi rakyat.  Beliau hanya berani ketika kerada di depan penyokongnya sahaja serta melalui media yang berada di dalam genggamannya, beliau sebenarnya kecut jika berada di dalam gelanggang rakyat.

0 Komen pengunjong :