Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Program JATI lesu, Hasan salahkan PAS


PETALING JAYA: NGO JATI pimpinan Datuk Dr Hasan Ali mendakwa PAS menjadi punca programnya di Terengganu kurang mendapat sambutan.
JATI mengadakan dua program di Kuala Terengganu dan Kemaman hujung minggu lalu. Kedua-duanya dkatakan mendapat kerjasama dari Umno bahagian.
Program di Stadium Negeri di Kuala Terengganu telah dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.
Perkara itu disahkan Pesuruhajaya PAS negeri, Mohd Abdul Wahid Endut yang juga ahli Parlimen Kuala Terengganu.
“Beberapa AJK Umno  Kuala Terengganu, Kuala Nerus  dan Marang yang menganjurkan program Datuk Hasan itu,” kata beliau.

`Salahkan PAS’

Bagaimanapun, menurut seorang ahli PAS, program JATI itu kurang mendapat sambutan orang ramai.
“Tidak ramai yang datang, kurang lebih beberapa ribu  orang sahaja. Tetapi Hasan kata, PAS halang ahli datang ke program tersebut.” kata beliau.
Bagaimanapun, Wahid menafikan dakwaan tersebut.
Beliau menambah, “Hasan bukan lagi orang PAS, bermakna beliau tidak boleh memaksa datang ke programnya”.
Program Hasan di Kemaman dihadiri kira-kira 5, 000 orang tetapi timbul dakwaan Umno menyediakan berpuluh-puluh  bas untuk mengangkut ahli-ahlinya.

2 comments :

  1. hahahaha...padan muka...biar HA syok sendiri.. lps ni nnt akan jadi melukut le...sendiri mau ingat HA @ Hasan Akidah..

    ReplyDelete
  2. PAS yang tak laku atau Ah San yang tak laku?

    ReplyDelete