Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Nafi keganasan, Umno bohong terang-terangan

PULAU PINANG 29 Feb:  Kenyataan pemimpin Umno menafikan ahli mereka terlibat dengan insiden keganasan di Padang Kota, Pulau Pinang, Ahad lalu, menunjukkan parti itu berbohong secara terang-terangan, kata Adun Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin.
Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menafikan Umno terlibat dalam kejadian itu.
“Kenyataan ini menunjukkan pembohongan secara terang-terangan. Video dan gambar diambil di tempat kejadian menunjukkan kehadiran pemimpin Umno di peringkat bahagian. Kita semua tahu siapa dalang di sebalik kejadian ini.
“Saya tidak sangka pemimpin Umno dari pusat boleh bohong..Isunya kalau tahu silap mereka kena minta maaf,” kata Sim ketika dihubungi keadilandaily.
Pada Ahad lalu, sekumpulan ahli Umno dan Perkasa menganggu Himpunan Hijau di sudut pidato, Padang Kota, Esplanade Pulau Pinang ketika ketua menteri, Lim Guan Eng sedang berucap.
Perhimpunan itu sebagai tanda sokongan terhadap Himpunan Hijau yang diadakan di Kuantan bagi membantah pembinaan loji nadir bumi oleh Lynas Advanced Material Plant (LAMP) di Gebeng.
Ekoran kekecohan ketika kejadian, seorang pemberita akhbar Kwong Jit Poh turut dicederakan penyokong Umno dan  menerima lapan jahitan di tangannya.
Menyifatkan kejadian itu sebagai keganasan politik yang dipelopori Umno, Sim mencabar pemimpin parti itu meminta maaf kepada wartawan terbabit.
“Pemberita hanya jalankan tugas mereka. Kita tahu wartawan yang jalankan tugas tidak harus ditumbuk atau diganas,”  tegasnya lagi.
Menurut Tsim lagi, kejadian keganasan itu seumpama itu bukan sahaja berlaku di Pulau Pinang, tetapi di turut berlaku di Pahang- negeri kelahiran perdana menteri- apabila Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah  Anwar hampir ditumbuk.
“Di Sembrong, kawasan menteri dalam negeri sendiri juga berlaku keganasan di mana kereta Datuk Seri Anwar Ibrahim kemek dan cerminnya dipecahkan oleh penyokong Umno.
“Kejadian ini berlaku di Negeri Sembilan dan banyak tempat, semuanya dilakukan oleh desperado Umno. Mereka desperate dengan kemaraan Pakatan Rakyat,” katanya.

0 Komen pengunjong :