Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Letak logo 1 Malaysia, harga barang tetap naik

Datuk Seri Anwar Ibrahim

SUBANG JAYA : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan tindakan kerajaan mewajibkan logo 1 Malaysia ke atas barangan kawalan untuk melayakkan rakyat mendapat subsidi.
Beliau berkata, langkah tersebut bertujuan untuk memancing undi ketika pilihan raya, sedangkan rakyat tahu harga barang keperluan akan tetap naik.
“Isunya ialah, jika mereka letakkan logo, harga mesti turun, tetapi jika mereka letakkan logo tetapi harga tetap naik, mereka tidak akan dapat undi.
“Rakyat akan lihat logo itu sedar bahawa harga barang akan naik,” seloroh Anwar.
Beliau berkata demikian ketika sambutan Maulidur Rasul dan bicara tokoh anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya di Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Subang Jaya, pagi ini.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe pada 10 Februari lalu mengumumkan tiga barang kawalan iaitu tepung, gula dan minyak masak – mesti memaparkan logo 1Malaysia pada bungkusannya untuk layak menikmati subsidi kerajaan.
Idea berkenaan kononnya bertujuan memaklumkan kepada pengguna bahawa produk tersebut disubsidi oleh kerajaan dan sepatutnya dikuatkuasa mulai bulan ini.
Dalam pada itu, Ketua Umum KEADILAN itu turut menyentuh kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung temubualnya dengan Asian Wall Street Journal (AWSJ) mengenai isu Palestin-Israel.
Beliau menyifatkan kenyataan Nik Aziz itu lebih sopan dan berhemah.
Menurut Anwar, Nik Aziz hanya meminta penjelasan beliau supaya isu itu dapat dijelaskan dan bukan memutarbelitkan kenyataannya sepertimana dilakukan pimpinan Umno-BN.
“Teguran Nik Aziz sangat berbeza malah sopan dan kita kena faham, beliau kata kalau betul cakap tarik balik tetapi kalau tak benar saman sahaja (AWSJ).
“Ia berbeza dengan Umno-Barisan Nasional yang telah lempar fitnah serta menipu, kenapa mereka memadamkan kenyataan saya mengenai Palestin,” tegasnya.

0 Komen pengunjong :