Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Izzah tegaskan penyokong Umno ancam secara fizikal

PETALING JAYA : Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar menegaskan bahawa penyokong Umno, Asrullah Affendi Abdullah yang melakukan provokasi semasa kedatangan beliau di Gambang, Pahang baru-baru ini, benar-benar melakukan ancaman fizikal.
Beliau mengulas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno Lepar ,Mohd Shohaimi Jusoh bahawa Asrullah, yang juga pembantunya tidak menyerang Izzah tetapi bertujuan “melindungi” Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.
“Beliau (Asrullah) meluru  ke arah saya, tanpa amaran, dalam sikap yang membimbangkan – manakala pengacara mereka terus menjerit menghina dan memarahi diri saya, Nik Nazmi dan parti kami.
“Saya tegaskan bahawa tindakan ini merupakan ancaman dalam bentuk fizikal terhadap saya,” kata Izzah dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, Asrullah Affendi adalah sebahagian penyokong Umno yang melakukan provokasi sejak awal ketibaan mereka dalam program ceramah di Felda Lepar Hilir 1 itu.
“Malah samseng Umno itu turut menggunakan mikrofon dan sistem bunyi mereka untuk memprovokasi ceramah kami sepanjang program,” tegas Izzah.
Menurutnya lagi, sekiranya Umno mahu menenangkan keadaan, mereka sepatutnya mengarahkan penyokong mereka turun dari pentas ceramah dan membenarkan pihaknya meneruskan program malam itu.
“Walaupun kami terpaksa akur dengan menamatkan ceramah lebih awal ekoran provokasi melampau dan berterusan samseng, kami tetap dikepung, malah kereta kami turut dikelilingi samseng itu.
“Mereka juga memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada saya, Nik Nazmi Nik Ahmad dan pimpinan lain malam itu dan saya menolak cubaan Umno untuk membersihkan penglibatan mereka dalam insiden ini,” tegasnya.
Oleh itu, beliau mendesak Datuk Seri Najib Razak membuat pendirian tegas berhubung insiden terbabit bagi memastikan keselamatan dan hak rakyat dijamin serta dihormati.

0 Komen pengunjong :