Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Isu Amerika Israel : Mahathir lidah bercabang


KUALA LUMPUR : Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin menyifatkan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berhubung isu Amerika Syarikat dan Israel, jelas menunjukkan sikapnya yang lidah bercabang.
Beliau  mengulas dakwaan Mahathir kononnya, Amerika Syarikat dan Israel berminat melihat kerajaan Malaysia sekarang ditukar seperti yang berlaku di Asia Barat.
“Ini hujah hipokrit Mahathir, sesebuah negara yang bertukar pentadbirannya tidak semestinya akan mengikut telunjuk Amerika atau Israel.
“Tiada kaitan dengan permintaan mana-mana negara jika pentadbiran bertukar kerana ia berlaku daripada kebangkitan rakyatnya,” katanya yang mengaitkan kenyataan Mahathir itu sebagai usaha untuk memastikan BN terus kekal berkuasa.
Dr Mahathir sebelum ini mengakui pernah membayar seorang pelobi Zionis, Jack Abramoff bagi membantu beliau menemui bekas Presiden Amerika Syarikat, George Bush.
Menurut majalah Newsweek, wang yang dikutip Abramoff dalam aktiviti melobinya itu turut disalurkan kepada penduduk Yahudi bagi melawan kebangkitan rakyat Palestin.
Mahathir turut menandatangani perjanjian ketenteraan sulit dengan Amerika pada 1984 – Bilateral Training and Consultation Agreement (BITAC) –yang membolehkan Amerika menjalankan latihan ketenteraan mereka di Malaysia
Pada Julai 1994 , beliau dikatakan pernah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres yang sama-sama menginap di Hotel De Crillion, Perancis.
Mengulas lanjut, Shamsul berkata, sikap talam dua muka Mahathir itu membuktikan kata-kata beliau tidak lagi releven untuk berbicara soal politik.
“Beliau adalah ahli politik lidah bercabang, langsung tidak berintegriti, Apakah beliau lupa semasa menggunakan khidmat Israel untuk mendekati Amerika?
“Mahathir kini sudah tiada pendirian yang tetap berhubung isu Israel,” ujarnya.

0 Komen pengunjong :