Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Anwar: Kenyataan Tun Dzaiddin 'sangat berat'

Datuk Seri Anwar Ibrahim

PETALING JAYA – Kenyataan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Dzaiddin Abdullah berhubung tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, didakwa mencampuri badan kehakiman sewaktu pentadbiran beliau, satu pandangan "berat" dan mengesahkan berlakunya campur tangan politik.

Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenyataan itu turut mengesahkan bahawa setiap keputusan perundangan dipengaruhi unsur politik.

“Kenyataannya itu sangat berat memandangkan ia mengesahkan bahawa rombakan tersebut memberikan implikasi kepada keputusan awal penghakiman berkaitan politik.

“Sebagai contoh kes yang berlaku seperti krisis di Perak dan penghakiman terhadap diri saya sendiri,” katanya pada sidang media Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, semalam.

Sehubungan itu, Anwar berkata, PR mahukan sebuah badan kehakiman yang bebas, dan sekiranya berjaya memerintah, pihaknya akan memperbetulkan kesilapan-kesilapan era Dr Mahathir.

Jumaat lalu, Mohd Dzaiddin dalam ucapan dasarnya di Memorial Tunku Abdul Rahman mengaitkan pindaan terhadap Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan semasa pentadbiran Dr Mahathir pada tahun 1980-an sebagai langkah yang telah melemahkan sayap badan kehakiman.

Beliau yang pernah menjadi Ketua Hakim Negara dari 2000 hingga 2003 mendakwa Dr Mahathir merupakan pihak yang bertanggungjawab merombak undang-undang berkenaan dan melemahkan sistem kehakiman dengan meletakkan kuasa Parlimen sebagai penentu kehakiman negara.

Bagaimanapun, Dr Mahathir telah membidas kenyataan Dzaiddin sambil menegaskan, dakwaan itu merupakan satu fitnah terhadapnya.

0 Komen pengunjong :