Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Anwar ingatkan SPR supaya 'bersihkan' pilihan raya

anwar ibrahim in penang chinese new year open house speechSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diingatkan supaya tidak sibuk dengan isu-isu kecil dan prosedur tetapi sebaliknya memberi tumpuan utama kepada membersihkan daftar pemilih, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Tanggungjawab lebih besar bagi SPR adalah membersihkan pilihan raya, bersihkan daftar pemilih, pastikan pilihan raya yang adil dan akses media untuk semua (parti yang bertanding).

"SPR tidak harus terikat atau sibuk dengan perkara-perkara kecil kerana itu prosedur biasa. Ini satu cubaan untuk mengalihkan perhatian rakyat," katanya pada sidang akhbar di Wangsa Maju hari ini.

Beliau mengulas laporan dalam akhbar The Star hari ini bahawa SPR akan menghentikan amalan mengadakan perarakan pada hari penamaan calon pilihan raya.

Parti-parti pembangkang sebelum ini menuduh SPR berdolak dalik berhubung syor dan cadangan yang telah dibuat oleh jawatankuasa terpilih khas parlimen (PSC) berhubung pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini.

Langkah terbaru SPR itu menimbulkan kebimbangan di kalangan parti pembangkang yang sebelum ini seringkali menuduh badan itu menyebelahi kerajaan yang diterajui BN dan sering cuba melambatkan reformasi pilihan raya.

0 Komen pengunjong :