Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Tiada ahli keluar PAS kerana kecewa Hasan dipecat

NONE

Yang Dipertua PAS Kawasan Gombak, Salehuddin Mohd Nasir  menafikan dakwaan kononnya lebih 100 ahli PAS daripada cawangan Kampung Kerdas Dua, meninggalkan parti Islam itu dan menyertai Umno.

Tindakan itu dikatakan kononnya disebabkan berlakunya pemecatan ADUN  Gombak Setia, Datuk Hasan Mohamed Ali yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor.

"Kita menafikan sekerasnya kemasukan mereka dalam Umno akibat kekecewaan apabila ADUN  Gombak Setia Datuk Hasan Ali dipecat daripada  PAS baru-baru ini," kata Salehuddin yang disiarkan di Harakahdaily.

Katanya, fakta sebenar adalah pilihan raya umum ke-12 yang lalu pada 2008,  PAS Gombak telah menerima 37 borang permohonan keahlian daripada ahli Umno.

Daripada 37 orang hanya 20 orang sahaja yang menyertai Umno dalam majlis yang diadakan di Kampung Kerdas Dua baru-baru ini.

Salehuddin berkata, mereka sebenarnya ahli Umno dan penyokong Umno.

“Bukti mengatakan mereka adalah ahli Umno melalui penyemakan yang telah kita buat dalam daftar ahli PAS di DUN Kawasan Gombak,” katanya.

Portal rasmi PAS itu juga memetik Sallehuddin berkata penyingkiran Hasan Ali dalam parti tidak akan merencatkan PAS Gombak untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.

“Kita sentiasa melatih ahli agar sentiasa ikhlas berjuang kerana Allah SWT, bukan kerana orang, dan bukan untuk kepentingan yang lain terutamanya dalam bentuk material dan kebendaan,” katanya lagi.

0 Komen pengunjong :