KUALA LUMPUR, 18 Jan: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir, mantan menteri yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno yang mendedahkan kegiatan rasuah Umno ketika pilihan raya yang lalu.
Selama ini Umno menafikan yang mereka mengamalkan rasuah atau membeli undi dengan memberikan wang ringgit dan barangan ketika pilihanraya.
Abdul Kadir yang dipetik oleh The Malaysian Insider menegaskan bahawa perkara itu memang berlaku dan disebut sebagai taktik “bom”.
“Ternyata Umno belum insaf dan baru-baru ini presiden dan seluruh pemimpin Umno turun ke serata negeri bagi mengagihkan dana 'bom' RM100 untuk pelajar sekolah, RM500 untuk isi rumah berpendapatan rendah dan RM200 untuk pelajar universiti,” kata Ketua DPPWP, Kamaruzaman Mohamad.
Katanya, agihan yang sepatutnya dibuat atas nama Kerajaan Malaysia dibuat atas kapasiti Umno BN bagi memastikan rakyat mengundi mereka dalam PRU13.
Tambahnya, DPPWP juga kesal kerana Kementerian Penerangan, Felda, Felcra, Unit Cawangan Khas (SB) dan agensi lain yang tidak disebut Abdul Kadir secara jelas dipergunakan oleh Umno bagi memenangkan Umno dalam pilihan raya.
Katanya, kenyataan Abd Kadir itu jelas menyokong pendedahan Tan Sri Abdul Rashid, mantan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebelum ini yang mendedahkan bahawa ada pihak berkepentingan yang menghalang mereka melaksanakan penggunaan dakwat dalam PRU12 yang lalu bagi memastikan kemenangan Umno BN.
Beliau berkata, campur tangan Umno dalam urusan pentadbiran kerajaan begitu kuat, sebab itulah Pakatan Rakyat sebelum ini mencadangkan supaya ada caretaker goverment selepas parlimen dibubarkan yang bukan kalangan ahli politik yang bertanding dalam pilihan raya.
Ujarnya lagi, DPPWP setuju dengan Abdul Kadir "Umno tidak perlu takut untuk kalah sekiranya ikhlas dalam perjuangan. Jika anda (Umno) kalah, terimanya; rakyat ubah kerajaan banyak kali di USA dan Australia”.
“Rakyat harus buka mata, seorang demi seorang yang pernah bekerja untuk Umno kini sudah tampil membuat pengakuan.
“Begitu liciknya politik Umno BN bagi memastikan mereka terus berkuasa, walaupun hingga terpaksa mengunakan cara yang keji dan tidak bermaruah,” ujarnya lagi.
Demi tembolok kekuasaan mereka, apa pun sanggup mereka lakukan, katanya. Hakikatnya, kata beliau segala duit yang diberikan adalah dari dana awam, milik rakyat bukan duit Umno, bak kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, "Umno bagi duit ambil, tapi undi, bagi kat PAS".

0 Komen pengunjong :