Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Selamatkan negara dulu, baru selamatkan saya – Anwar


KUALA LUMPUR: Rakyat tiada pilihan selain mengubah sistem yang rosak dengan mengalih alih Putrajaya sekalipun beliau dipenjara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Selamatkan Negara dari rasuah, selamatkan dari masalah perkauman. Ingatlah, itu pesan saya.
“Kita harus ingat walau apa pun esok, kita mesti bawa agenda baru iaitu kita ubah sistem yang rosak ini dan tumpu untuk tawan Putrajaya. Kita sudah hampir,” katanya.
Pesanan itu disampai Anwar berulang kali dan menegaskan rakyat perlu berganding bahu untuk menyelamatkan negara dari rasuah, selain menegakkan demokrasi dan keadilan.
Beliau berucap demikian depan kira-kira 10,000 rakyat yang membanjiri Kampung Pandan, tengah malam tadi. Ia adalah destinasi terakhir program Rapat Rakyat Bebas Anwar 901.
Ia berikutan keputusan kes Fitnah II diumum hari ini (9 Januari) dan mendapat pelbagai andaian tetapi Anwar tetap bersedia untuk berdepan sebarang kemungkinan.
Ucapan  beliau disambut tepukan gemuruh dan diselangi teriak takbir, reformasi dan lawan slogan “lawan tetap lawan”.
Turut hadir ialah Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali; Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin; Naib Presiden, Datuk Chua Jui Meng dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Walaupun berat hatinya untuk menanggung jika keputusan tidak memihak, beliau sudah bersedia dari segi mental dan fizikal kerana didokongi semangat keluarga, sahabat dan rakyat.
“Siapa yang nak masuk penjara. Saya dah berumur 64 tahun, walau nampak macam 46 tahun. Tapi dengan semangat saya terima,” katanya dengan nada seloroh.
Bersama pimpinan Pakatan Rakyat dan ahli keluarganya, Ketua Pembangkang berusia 64 tahun itu kelihatan bersemangat ketika menyampaikan pesanan ‘terakhir’ itu.
Anwar berkata masuk penjara tidak sesekali melunturkan semangatnya untuk meneruskan perjuangan.
“Jasad saya mungkin dipenjara, tapi jiwa saya tetap merdeka,” tegasnya.

Terdahulu, Anwar ketika berucap depan lebih 5,000 orang di Kelab Sultan Suleiman, Kampung Baru meminta rakyat tidak goyah dalam perjuangan membela rakyat jika beliau dipenjara.
Sebaliknya, beliau mahu rakyat membuat perubahan dengan  memenangi pilihan raya umum dan membentuk kerajaan Persekutuan bagi menyelamatkan segenap lapisan rakyat dan membaiki sistem pentadbiran yang dan amalan demokrasi yang terhakis.
“Malam ini kita menang, selamatlah saya. Apa susah sangat,” katanya berseloroh dengan disambut tepukan dan sorakan gemuruh daripada orang ramai.

0 Komen pengunjong :