Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

PKR sedia bincangkan demo 901 dengan polis

NONEPKR  menyatakan kesediaan parti itu untuk berbincang dengan pihak polis untuk memastikan bahawa perhimpunan pada Isnin depan berlangsung dalam keadaan aman dan teratur seperti yang dituntut semalam oleh  Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata hak untuk berhimpun secara aman merupakan hak rakyat yang sejajar dengan semangat keperlembagaan.

Justeru, katanya, sebarang usaha atau tindakan yang menafikan hak untuk berhimpun secara aman dan hak menyatakan pendirian politik rakyat Malaysia adalah bertentangan dengan asas pembentukan negara Malaysia yang demokratik, bebas dan merdeka.

“Oleh itu saya menyambut baik kenyataan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara yang memperlihatkan kesediaan pihak polis untuk berbincang dengan PKR dan Pakatan Rakyat bagi menjamin kelancaran perhimpunan aman 901 untuk membantah rekayasa politik ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Azmin.

Sehubungan dengan itu, beliau juga menyeru semua anggota parti dan penyokong Pakatan Rakyat serta rakyat Malaysia untuk berhimpun secara aman dan menyatakan sokongan terhadap reformasi demi rakyat dan negara Malaysia.

Azmin juga menggesa pihak polis untuk memelihara keselamatan awam termasuk para demonstrasi dan rakyat keseluruhannya yang berhimpun di Kuala Lumpur.

“Kita berharap insiden keganasan seumpama tragedi UPSI dan BERSIH tidak akan berulang.

“Ini adalah peluang terbaik Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara untuk memulihkan imej polis yang sekian lama tercalar dan mengembalikan keyakinan awam terhadap institusi polis selaras dengan janji Perdana Menteri untuk melaksanakan transformasi politik di dalam pentadbirannya,” katanya lagi.

0 Komen pengunjong :