Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Perjuangan Bukan Berasaskan Retorik


ALOR SETAR : Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Ismail berkata tiada lagi alasan untuk musuh politik melabel perjuangan yang dibawa Gagasan Pakatan Rakyat hari ini sebagai retorik semata-mata kerana segala janji telahpun diterjemahkan dengan pelbagai pelaksanaan dalam memberi manfaat dan kebajikan terus kepada rakyat.
Namun, Wan Azizah mengingatkan kepimpinan Pakatan Rakyat untuk tidak alfa dengan membicarakan hakikat perjuangan semata-mata, sebaliknya berkerja keras merealisasikan janji mereka sebagai bukti jelas untuk rakyat menilai keutuhan pakatan berbanding kerajaan pemerintah.
"Kita tidak lagi mampu beretorik sahaja kerana penilaian rakyat hari ini adalah lebih tajam dan lebih tepat.
"Masyarakat kita sudah celik politik dan mereka bukan dari kelompok menerima tetapi mempunyai kemampuan menilai dan bertanya,"katanya.
Melihat kepada gerakan politik Pakatan Rakyat yang tidak henti dibadai arus politik kotor sehingga mencetuskan gelombang reformasi sejak 1998, Azizah mengharapkan seluruh jentera kepimpinan mengambil ikhtibar dan istiqamah untuk terus membela kebenaran dan keadilan di negara ini.
"Sejarah yang tercatat itu, telah dengan sendirinya mencorakkan landskap politik yang berbeda. Rakyat sudah bersedia untuk merasai sesuatu tatakelola yang berlandaskan amanah dan kejujuran politik.
"Kita telah diamanahkan untuk memartabatkan rakyat agar kita hadir bukan pada kulit tetapi pada teras agar perjuangan keadilan untuk rakyat itu tidak kabur dilihat dan tidak sayup di dengar," beliau berkata demikian ketika berucapan dalam sesi pergulungan pemimpin di sini petang ini.
Menyedari peneriman rakyat yang semakin utuh terhadap kematangan gagasan Pakatan, Azizah berkata tanggungjawab besar ini menguatkan lagi usaha dan tekad Pakatan memperbetulkan keadaan dengan menzahirkan kemerdekaan dan sistem demokrasi negara dalam erti yang sebenar.
"Inilah tugas kita untuk terus menyantuni rakyat dan membela mereka dari dizalimi dengan kebaculan politik kotor dan memalukan. Jelaslah di sini bahawa inilah masanya untuk kita "Bersihkan Malaysia" dari segala jenis kekotoran rasuah, penyelewengan tadbir urus dan tidak amanah,"katanya.

0 Komen pengunjong :