Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Letupan 901: Polis Perlu Kemuka Siasatan


SHAH ALAM, 18 JAN: Polis Di Raja Malaysia (PDRM) diminta mengemukakan hasil siasatan berhubung kejadian letupan bom yang berlaku pada hari pengumuman keputusan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim (901) pada 9 Januari lalu.
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard berkata, kecurigaan itu timbul kerana sehingga hari ini polis langsung tidak menyatakan apa-apa dan sedangkan kejadian tersebut merupakan satu isu besar.
"Antara bom tersebut diletakkan dibawah kon polis sedangkan polis sudah menutup kawasan tersebut. Siapa yang nak masuk polis akan monitor dan semua dibenarkan masuk selepas jam 6 pagi. Dan apabila bom itu meletup setentunya timbul kecuigaan. Pihak polis perlu tampil memberikan penjelasan terperinci," katanya.
Mengulas lanjut katanya, pihak Perkasa Yang diketuai oleh Datuk Ibrahim Ali juga perlu tampil memberikan penjelasan berhubung tugas dan gerak kerja yang dilakukan oleh Unit Tindakan Khas (UTK) yang mereka tubuhkan untuk perhimpunan tersebut.
"Kedua adalah apabila Perkasa melalui Presidennya, Ibrahim Ali mengumumkan mereka telah menubuhkan Unit Tindakan Khas (UTK) pada hari tersebut dan ia perlukan penjelasan, apa tugas UTK yang Ibrahim Ali tubuhkan.
"Saya masih hormat kepada Perkasa yang boleh mobilise ahlinya. Takkan hari itu (9 Jan) UTK yang dinamakan Ibrahim Ali hanya 30 orang berbaju kuning akhirnya lari dan minta perlindungan daripada polis pada hari perhimpunan tersebut. Sudah tentu Ibrahim Ali juga harus tampil memberikan penjelasan dalam isu ini," katanya.
Dalam kejadian tersebut, lima orang tercedera akibat terkena serpihan letupan selain mengakibatkan kerosakan beberapa buah kenderaan yang diletakkan berhampiran kawasan kejadian.
Selain itu, Chegu Bard turut meminta pihak polis menyiasat pihak Utusan Malaysia yang mendakwa bahawa bom tersebut dibuat oleh peserta-peserta perhimpunan sedangkan tidak ada laporan siasatan lengkap daripada pihak polis.

"Tidak masuk akal, kita berhimpun dan kita nak letupkan diri kita sendiri. Saya melihat ini lebih kepada unsur sabotaj supaya selepas ini digunakan dalil tidak boleh berhimpun kerana apa, kerana akan ada bom meletup. Saya yakin itu akan digunakan sebagai dalil untuk menghalang perhimpunan-perhimpunan aman selepas ini," katanya.
Beliau turut melahirkan kegusaran memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara aman sedangkan sebelum ini tidak pernah ada sebarang kekecohan dan kejadian letupan sebegini. Jika dibiarkan ianya akan menjadi trend tidak sihat kepada negara.
"Justeru itu saya tidak pasti, tanggapan masyarakat melihat secara kemungkinan akan wujud penglibatan polis secara tidak sengaja atau tidak." kata beliau yang juga Ketua Cabang Rembau.
Sehubungan itu beliau meminta siasatan terperinci dilakukan sekiranya pihak polis ingin membersihkan nama baik institusi keselamatan tersebut.
Tegas beliau, mereka yang terlibat wajib didakwa dan dihadapkan ke muka pengadilan.
"Sekiranya pihak polis gagal mengemukakan hasil siasatan, polis tidak boleh menghalang tanggapan rakyat bahawa kejadian ini merupakan satu bentuk konspirasi dan sabotaj untuk menghalang perhimpunan aman di masa hadapan." kata beliau ketika di hubungi TVSelangor.

0 Komen pengunjong :