Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Bersatu tawan Putrajaya, bukan jatuhkan Pakatan


KUALA LUMPUR : Rakyat Selangor perlu bersatu hati untuk menawan Putrajaya supaya melicinkan agenda untuk rakyat di negara ini, bukannya menaikkan kembali Umno BN di negeri itu yang terbukti parti yang mengkhianati amanah rakyat.
AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, banyak gangguan yang dihadapi oleh negeri Pakatan Rakyat selagi BN masih berkuasa di peringkat pusat.
“BN yang tidak menghormati konsep fedaralisme yang berjalan di negara ini. Banyak hak negeri dinafikan, sedangkan hak pusat seperti bayaran pasport, stem, cukai kastam, saman kesalahan lalu lintas, hasil minyak semua dibolot oleh kerajaan pusat,” katanya kepada Harakahdaily.
Oleh itu, ujarnya cadangan Pengarah Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zain Mohamed hari ini yang menyeru rakyat negeri itu bersatu hati untuk menawan Selangor di dalam pilihanraya akan datang supaya seiring dengan Putrajaya adalah cadangan daripada orang yang kecewa.
Beliau berkata, Mohd Zain mengatakan kerajaan PR gagal mengatasi masalah sampah, air dan peniaga bumiputera tetapi sebenarnya rakyat tidak menghadapi masalah.
“Yang sakit dan tidak bernafas sekarang ialah kroni Umno yang tidak dapat projek,” katanya.
Sekarang, katanya syarikat kroni Umno telah dihinggapi histeria kerana syarikat pungutan sampah telah diambil alih oleh kerajaan tempatan.
“Sebab itu berbagai sabotaj dilakukan terhadap kerajaan negeri,” ujarnya lagi.

0 Komen pengunjong :