Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Beku akaun NFC bukti pendedahan KEADILAN benar


ALOR SETAR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan membekukan akaun NFC seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah bukti bahawa pendedahan yang dibuat KEADILAN selama ini adalah benar dan bukan fitnah mahu pun manipulasi fakta.
“Mereka kata fitnah-fitnah akhirnya hari ini beku. Kalau fitnah, beku buat apa?” kata Anwar.
Anwar berkata demikian dalam respons kepada pengumuman Najib hari ini bahawa aset NFC dibekukan buat masa ini.
Najib juga dilaporkan mengarahkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertanian, Datuk Seri Noh Omar untuk meneliti bagaimana penyelewengan itu boleh diselesaikan.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli sebelum ini membuat pendedahan bersiri penyelewengan NFC yang menerima pinjaman RM250 juta daripada Kerajaan Persekutuan tanpa sebarang jadual pembayaran balik.
Rafizi juga bertanggungjawab mendesak agar akaun NFC dibekukan sementara menunggu siasatan ke atas NFC berlangsung.
Anwar selanjutnya berkata kelambatan pentadbiran Najib masuk campur dalam penyelewengan wang oleh National Feedlot Corporation (NFC) adalah bukti jelas Umno tidak boleh diharap menjaga kekayaan negara.
“Umno tidak boleh diharap jaga khazanah negara,” kata Anwar.
Anwar juga berkata tindakan membekukan aset NFC itu tidak akan dibuat Najib jika tiada desakan bertubi-tubi daripada KEADILAN.
“Saudara, bayangkan tanpa suara anak muda Pakatan Rakyat, apakah mungkin akan ada sedikit pun tindakan? Tidak akan berlaku,” kata Anwar.

1 comment :

  1. Bagi la melayu buat bisnees...cina dah buat bisnes sampai dah ke bulan....nak tengok melayu jual nasi lemak tepi jalan saja ke? melayu pakatan bodo!

    ReplyDelete