Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Azmin: Perhimpunan 901 Mengikut Jadual

PETALING JAYA, 8 JAN: Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali menegaskan bahawa Himpunan 901 di perkarangan tempat letak kereta di hadapan mahkamah Jalan Duta yang dijadual esok akan berlangsung sebagaimana dirancang.
Dalam kenyataan medianya beliau berkata PKR dan seluruh ahli gabungan dalam Pakatan Rakyat menerima pakai persetujuan dengan Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato' Mohamad Salleh Omar yang dimuafakati dan diumumkan selepas mesyuarat bersama pada pagi Jumaat, 6 Januari 2012 lalu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata persetujuan itu tidak menyentuh beberapa sekatan yang diumumkan kemudiannya oleh pihak PDRM.
"Oleh yang demikian, saya mengulangi seruan agar semua rakyat turun untuk menunjukkan solidariti dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam menuntut keadilan dan integriti sistem kehakiman di negara ini,selaras dengan hak berkumpul dan amalan perhimpunan awam yang
termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan." kata beliau.

0 Komen pengunjong :