Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Puteri Umno ‘dangkal dan cetek’- Siti Aishah


KUALA LUMPUR 22 Dis: Srikandi KEADILAN mengecam kenyataan Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang menggesa supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim melepaskan jawatannya dan bersara dari politik.
Ketua Srikandi, Siti Aisah Shaikh Ismail mengulas kenyataan Rosnah, yang disiarkan Utusan Malaysia semalam  apabila mendakwa Anwar hanya memperjuangkan kepentingan peribadi.
“Kepada ketua puteri Umno Malaysia, Srikandi menyarankan agar kembali kepada politik nilai, bukan terikut dengan acuan budaya politik dangkal dan cetek milik Umno.
“Sebagai seorang timbalan menteri, beliau (Rosnah) perlu lebih faham dan bicara soal rakyat bukan sebaliknya,” kata Aishah dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurut Aishah, ketika Pakatan Rakyat membicarakan soal lebih besar seperti rasuah dan salahgunakuasa, Rosnah pula lebih gemar membicarakan soal individu.
Sebaliknya, katanya, Puteri Umno itu mendiamkan diri terhadap pelbagai penyelewengan dan salahgunakuasa termasuk membabitkan National Feedlot Corporation (NFC).
“Salah laku kes penyelewengan NFC jelas menunjukkan penglibatan pemimpin utama Umno, namun sehingga sekarang ketua puteri Umno itu dilihat terus membisu,” kata beliau.
Katanya lagi, ia jelas menunjukkan Anwar kini menjadi beban kepada Umno, ekoran pendedahan berterusan terhadap salahguna kuasa dan rasuah yang dilakukan parti itu.
“Srikandi menegaskan Dato seri Anwar bukan bebanan kepada Pakatan Rakyat mahupun Keadilan tetapi beliau merupakan bebanan kepada pemimpin Umno yang saban hari tidak dapat bertahan dengan asakan dan pendedahan yang dibuat oleh ketua umum itu terhadap Umno,” katanya.

0 Komen pengunjong :