Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Antara turunkan bendera Najib dan kencing gambar Hadi, Nik Aziz


PETALING JAYA: Tidak semena-mena nama seorang mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris, Adam Adli menjadi sebutan gara-gara tindakan beliau menurunkan bendera bergambar Najib di hadapan PWTC Ahad lalu.
Tindakan yang dilakukannya dalam demontrasi sekumpulan kira-kira 100 mahasiswa bagi mendesak Auku dimansuhkan itu akhirnya telah mengakibatkan tindakan balas keras oleh penyokong-penyokong Umno.
Selain hampir ditumbuk oleh seorang lelaki yang marah dengan tindakan itu, Ketua Wira Perkasa yang juga ketua Pemuda Umno Petaling Jaya Utara Armand Azha Abu Hanifah, turut mengancam untuk menampar dan meludah ke muka Adam Adli sekiranya beliau berpeluang bertemu mahasiswa terbabit.
Bagaimanapun,  tindakan menurunkan bendera Najib tidaklah dapat menandingi perbuatan tiga penyokong BN yang kencing pada gambar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam satu kempen pilihan raya kecil tidak berapa lama dahulu.
Apatah lagi, ketika menurunkan bendera itu Adam dikatakan melakukannya dengan tertib serta hormat dan hanya mengambil masa kira-kira lima minit sahaja sebelum dinaikan semula.
Umumnya, selain dianggap sebagai ahli politik dalam PAS, Nik Aziz dan Hadi juga dianggap sebagai golongan ulama.

Penglima Ludah Umno

Semalam, mengulas dua kejadian tersebut, dalam satu entri blog amenoworld.blogspot telah mencabar Armand yang lebih popular di alam siber dengan gelaran Panglima Ludah Umno itu agar  menjelaskan pendirian beliau mengenai isu ini.
Malah pengendali blog tersebut turut melontarkan cabarannya kepada blogger pro Umno, menteri-menteri Umno-BN termasuklah Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Reezal Merican Naina Merican.
 “Benda yang sama ditujukan kepada blog BN dan Umno, menteri-menteri Umno dan BN termasuklah Reezal yang pong-pang dalam Utusan kelmarin, aku ingin sangat melihat apa pendirian kamu dalam isu ini,” tulisnya.
Tindakan Adam menurunkan bendera pemimpin Umno di bangunan ibu pejabat mereka  dianggap sebagai satu penghinaan terhadap parti itu.
Dalam peperangan, menurunkan bendera lawan dan menggantikan dengan bendera lain memberi maksud kawasan tersebut telah berjaya ditawan oleh lawan.
Dalam pilihan raya di negara ini, BN juga dikatakan sering memberi upah yang tinggi kepada pihak yang sanggup menaikkan poster BN di kawasan bilik gerakan parti lawan dalam memberikan mesej kekuatan BN sekaligus satu penghinaan kepada lawan mereka.

0 Komen pengunjong :