Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

ISA: Nurul Izzah Anwar dakwa Najib bohong


KUALA LUMPUR, 20 Nov — Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah berbohong apabila menjanjikan pembaharuan politik sedangkan pada masa yang sama menahan 13 individu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
September lalu Najib berjanji akan memansuhkan ISA.
“Ia (apa yang diperkatakan) hanya kerja perhubungan awam di pihak perdana menteri. Anda telah berbohong kepada rakyat Malaysia,” kata beliau selepas melancarkan Program Sumbangan Yayasan Aman di pejabat Pusat Perkhidmatan Ahli Lembah Pantai di sini hari ini.
Dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia pada 15 September lalu, Najib berkata akan memansuhkan ISA dan akan digantikan oleh dua akta baru.
“Jika ada bukti yang membuktikan mereka (13 tahanan) amat berbahaya kepada masyarakat, maka dakwa mereka di mahkamah terbuka,” kata Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.
Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kumpulan 13 individu yang ditahan pihak berkuasa di Tawau awal minggu lalu sebagai amat berbahaya kepada keselamatan negara dan serantau.
Menurut beliau, kumpulan 13 individu terbabit termasuk enam warga asing “tidak takut mati” dan “mahu mati jihad” amat berbahaya bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi seluruh rantau Asia Tenggara.
“Kumpulan ini tidak takut mati dan sememangnya mereka mahu mati dalam jihad,” katanya.
Menteri Dalam Negeri itu turut mendedahkan operasi yang dilaksanakan oleh 13 individu yang ditahan tersebut melibatkan tiga negara, tetapi beliau tidak mendedahkan ketiga-ketiga negara terbabit.

0 Komen pengunjong :