Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

'Angkat keris', 'hidup Melayu' perjuangan sempit


KOTA BHARU, 17 Nov: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, perjuangan yang dibawa pihak tertentu dengan ‘mengangkat keris’ dan melaungkan ‘Melayu’ adalah perjuangan sempit.

Bahkan, katanya perjuangan seperti itu mengkhianati perjuangan Islam yang telus dan luas.

“Pada saat pihak lain ‘mengangkat keris’ dan melaungkan-laungkan ‘hidup bangsa’ dengan merendah-rendahkan martabat kaum lain, kami di Kelantan mengangkat ‘persamaan darah’ dan keturunan di tempat yang sepatutnya serta menafikan sebarang bentuk penindasan, ketidakadilan dan diskriminasi kaum,” ujarnya.

Beliau berkata terdapat di negara ini orang Melayu menyempitkan perjuangan mereka dengan fokus perjuangan hanya untuk bangsa Melayu saja, sedang itu salah dari segi Islam.

“Itu mengkhianati perjuangan Islam yang telus dan luas, bahkan ada yang mengangkat keris, menyebut Melayu itu menyebabkan orang Cina menjadi dendam dan marah, sedangkan ‘khazanah’ di Malaysia ini dipenuhi oleh (khazanah) orang Cina.  Ini kerana mereka lebih kaya daripada orang Melayu,” jelasnya yang juga Mursyidul Am PAS..

Beliau bercakap kepada pemberita pada Majlis Makan Malam Mesra Kaum 2011 di Dewan Perniagaan Cina di sini malam tadi.

Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Lama.
Majlis merupakan ‘projek perintis’ Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) itu dihadiri lebih 700 orang terdiri dari wakil pimpinan pelbagai kaum.

Selain itu, Menteri Besar turut memaklumkan demi mempastikan kebajikan kaum bukan Melayu dan non-muslim terjaga, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM1.7 juta dalam Bajet 2012 yang dibentang dan diluluskan persidangan Dewan Negeri Kelantan baru-baru ini.

Bajet itu untuk sumbangan kebajikan khusus bagi masyarakat bukan Islam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, budaya Kelantan yang menjunjung nilai-nilai Islam telah membina masyarakat majmuk, harmoni dan bertoleransi tinggi.
“Dan ini membawa kepada perpaduan erat antara kaum tanpa dasar kebangsaan.

“Bahkan dari segi kebudayaan termasuk kaum Cina,  mereka bebas mempersembahkan budaya mereka termasuk tarian naga,” katanya sambil menambah bahawa pada awal pemeriahan Kerajaan Negeri (1990-an), selaku Menteri Besar beliau menekankan agar Islam ‘berada di tampuk pemerintahan’.

“Ini penting supaya dalam masa yang sama, hak rakyat non-muslim terpelihara dengan baik di bumi Kelantan ini khususnya,” katanya.

0 Komen pengunjong :