Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Luar bandar juga akan tolak BN nanti

KUALA LUMPUR : PAS yakin, penduduk luar bandar juga akan menolak BN sedikit waktu lagi dengan perkembangan pesat teknologi maklumat yang ada sekarang.

Ini kerana, BN tidak akan mampu mengawal media sebagaimana yang dilakukannya sekarang sehingga menyebabkan BN hanya disokong pengundi luar bandar.

Demikian kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam kenyataanya kepada Harakhdaily.

Sehubungan itu, Perdana Menteri diberikan ingatan, dengan teknologi maklumat yang ada sekarang, penduduk luar bandar juga akan menolak BN apabila mereka mendapat maklumat yang tepat nanti.

"Walaupun penduduk luar Bandar tidak begitu pantas untuk mendapat maklumat semasa dan menapis propaganda BN, namun anak-anak mereka  yang akan menyalurkan maklumat kepada ibu bapa dan orang kampung," katanya.

Idris berkata, ini akan berlaku kerana sebahagian besar penjawat awam dan eksekutif swasta berasal daripada luar bandar, dan merekalah yang menjadi duta maklumat Pakatan Rakyat di kawasan luar Bandar  ketika mereka pulang ke kampung di hujung minggu.

"Fenomena ini bersedialah BN akan menjadi parti pembangkang di negara ini selepas PRU 13 apabila tembelang BN sudah diketahui oleh rakyat termasuk penduduk luar bandar," katanya.

Beliau memetik ingatan bekas presieden Amerika, Abraham Lincoln ada menyebut “Kamu boleh berbohong dalam satu masa, tetapi kamu tidak boleh berbohong dalam semua masa”

Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini melahirkan rasa bimbangnya kerana BN hanya parti yang disokong oleh penduduk luar Bandar sahaja.

Ia mengharapkan seluruh jentera BN bekerja keras supaya menarik perhatian penduduk bandar supaya menyokong BN.

"Inilah luahan rasa kebimbangan beliau ketika memberi taklimat kepada jentera BN Wilayah Persekutuan 9 Oktober 2011.

"Persoalannya sampai bila BN mampu mempertahankan sokongan di kalangan penduduk luar bandar sahaja? " soal Idris.

Bagi beliau, dunia sekarang sudah menjadi seperti satu kampung di era lebuh raya maklumat.

Sedikit masa lagi penduduk luar Bandar juga mampu memiliki kemudahan yang sama, pada waktu itu di manakah BN mahu bersembunyi.

Penduduk bandar yang mempunyai kelebihan untuk akses maklumat dengan lebih cepat tidak lagi boleh ditipu oleh media perdana BN malahan sebahagian besar mereka membakul sampahkan sahaja segala maklumat yang keluar daripada propaganda BN, katanya.

0 Komen pengunjong :