Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Enggan debat, Najib PM paling lemah – Shamsul


KUALA LUMPUR 25 Okt: Kengganan Datuk Seri Najib Razak menyahut pelawan debat  Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, membuktikan beliau Perdana Menteri paling lemah dalam sejarah negara.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Najib sepatutnya mengambil peluang itu  untuk mempertahankan Belanjawan yang dibentangkannya di parlimen 7 Oktober lalu.
“Perdebatan mengenai belanjawan ini bukan soal peribadi, jauh sekali persoalan siapa menang siapa kalah.
“Persoalan utama yang wajar dilihat Najib ialah isu rakyat, kerana segala wang dalam belanjawan itu adalah milik rakyat,” katanya kepada Keadilandaily.com.
Menurut Shamsul, debat secara terbuka adalah medan terbaik memberi peluang kepada rakyat menilai Belanjawan yang ditawarkan kerajaan BN dan Pakatan Rakyat.
“Kami juga cukup yakin rakyat Malaysia mahu melihat Perdana Menterinya bukan sahaja berani berkata belanjawannya jujur, tetapi harus kelihatan jujur dengan mempertahankannya,” katanya.
Namun kata Shamsul, sehingga kini, Najib bersikap membisu berhubung pelawaan debat itu, sekaligus menunjukkan beliau tidak berani bersemuka dengan Anwar.
Pada 17 Oktober lalu, Anwar mencabar Najib berdebat secara terbuka mengenai kedudukan ekonomi dan Belanjawan 2012.
Pelawaan itu dibuat ekoran Najib sehari sebelum itu mengkritik belanjawan Pakatan Rakyat  kononnya tidak memahami kehendak rakyat.
Anwar berkata, debat itu harus diadakan segera secara terbuka kerana perbahasan Belanjawan di Parlimen lazimnya tidak mendapat liputan meluas dan rakyat tidak mendapat maklumat.
Bagaimanapun, ini bukan kali pertama Najib mengkritik dan menyerang Anwar sebelum mengambil pendekatan berdiam diri.
Pada Pilihan Raya Kecil DUN tenang di Johor Januari lalu, Najib mengkritik Buku Jingga dengan mendakwa Anwar akan demam jika berdebat dengannya.
Namun, beliau membisu apabila Anwar mencabar berdebat mengenai kandungan dokumen berkenan, yang merupakan manifesto bersama Pakatan Rakyat.
Sebaliknya, Najib  ketika membentangkan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober lalu, meniru beberapa kandungan Buku Jingga, seperti diakui sendiri beberapa menteri kabinetnya.

0 Komen pengunjong :