Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Belanjawan Najib tidak bantu pertumbuhan ekonomi - WSJ

Jabatan Perdana Menteri masih paling borosAMERIKA SYARIKAT: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menawarkan belanjawan untuk menawan hati pengundi menjelang pilihan raya, berbanding membantu pertumbuhan ekonomi negara, lapor Wall Street Journal.
Akhbar terkemuka Amerika Syarikat itu semalam mengkritik perdana menteri kerana kegagalannya memenuhi jaminan untuk memperbaiki dasar ekonomi dan undang-undang yang pincang.
“Perdana Menteri Malaysia Najib Razak telah menawarkan belanjawan penuh dengan tawaran untuk memenangi hati pengundi dalam pilihan raya berikutnya, yang dijangka dalam tempoh enam bulan. Dalam proses itu, beliau mematikan jangkaan pembaharuan ekonomi untuk menggalak pertumbuhan, ujarnya.
Belanjawan tersebut yang disifatkan sebagai belanjawan sementara, tidak membantu daya saing Malaysia, lapor WSJ semalam.
Ia merujuk pemberian tunai bagi 1.3 juta kakitangan awam dan pengecualian cukai sangat besar, yang antara lain diberi kepada ibu bapa, kanak-kanak yang bersekolah dan pemandu-pemandu teksi.
Akhbar itu melaporkan bahaya sebenar belanjawan yang dibentangkan Najib ialah keputusan berhubung subsidi makanan dan bahan bakar yang dijangka berjumlah RM33.2 bilion.
“Ekonomi yang bergantung eksport telah melemahkan pasaran dan kos sara hidup meningkat di rumah- Pertumbuhan KDNK jatuh di bawah lima peratus dalam penggal tahunan untuk suku tahun terakhir- dan perlu insentif jangka panjang untuk melabur dan membina pasaran pengguna domestik yang kuat,” tulis WSJ.
WSJ berkata Najib telah meliberalisasi pelaburan asing dalam 17 sub-sektor, yang memaksa pelabur asing untuk melabur di negara ini.
Namun katanya, reformasi yang dilakukan tidak memberi impak sepenuhnya kerana beberapa sektor masih dipelopori bumiputera yang membentuk majoriti populasi dengan dasar-dasar perlindungan.
“Kerajaan perlu untuk menyelesaikan reformasi lebih besar dalam industri seperti pembuatan, di mana peraturan-peraturan masih memberi penguasaan kepada orang Melayu,”
“Najib telah bercakap untuk melakukan perubahan radikal apabila dia mengemukakan ‘Model Ekonomi Baru’ tahun lepas, tetapi dia mengecewakan pengundi dengan gagal mengikutinya,” lapor WSJ.

0 Komen pengunjong :