Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Aziz Bari: Saya Cuma Persoal, Bukan Hina Raja


SHAH ALAM, 13 OKT : Pakar Perlembagaan Malaysia Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata beliau hanya mempersoal titah seorang Raja Melayu dan bukan menghina institusi Raja-Raja Melayu seperti yang didakwa media pro-Umno. Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu berkata Perlembangan memberinya hak untuk membincang titah tersebut dan mereka yang mengkritiknya sebenarnya tidak faham undang-undang.

" Saya tak kata pertikai Tuanku, tak ada. Saya tak kata dia tak ada kuasa. Saya kata kuasa tu memang ada, saya tak pertikaikan. Tiba soal kewajaran, soal keadilan dalam isu ni macam mana. Itu saja.""Iyalah yang dakwa menghina itu dia. Kalau dia faham peruntukan perlembagaan itu dia tak kata begitu. Dia orang sudah melabel kita macam tu, saya nak buat macam mana."
Dr Aziz berkata demikian ketika dihubungi TV Selangor apabila diminta mengulas langkah beberapa Ahli Parlimen BN yang mendesak
supaya tindakan tegas diambil ke atasnya ekoran rencananya semalam yang disiarkan di portal Malaysiakini yang berjudul "Tidak Salah Kritik Raja-raja".

Aziz dengan tegas menyatakan bahawa beliau tidak mempertikaikan kuasa ketua agama. Apa yang diperkatakan ialah kewajaran sesuatu tindakan itu dari segi undang-undang dan Perlembagaan.

"Saya dah kata, saya tak pertikaikan kuasa ketua agama. Saya cuma sebut soalnya adakah kewajarannya ada. Itu boleh. Kalau tengok akta hasutan pun jelas. Kalau kita setakat mencuba nak memperbaiki, nak improve kata orang apa salahnya."
Beliau kecewa kata-katanya telah dipusing oleh pihak-pihak tertentu bagi tujuan politik.

‘Orang ni dah twist sentence.... Itu yang sedihnya. Kalau orang yang macam Zulkifli Nordin yang pernah jadi peguam fikir macam itu. Apa jadinya. Ini nak mengapi-api, nak menghasut namanya. Nak memanaskan keadaan yang tak panas."

Dr Aziz memuji sikap terbuka seorang Putera Diraja Negeri Sembilan Tunku Zain Al Abidin Tuanku Muhriz.
Tunku Zain dalam kenyataan kepada portal berita Malaysia Kini hari ini antara lain berkata, titah diraja boleh dibincangkan oleh ahli akademik dan media, selagi ia tidak mendatangkan kemudaratan yang sebenar.
Tambah Dr Aziz, beliau memberi komen sedemikian kerana kes siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) membabitkan sensitiviti agama lain.
Di dalam titahnya Isnin lalu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkata tindakan JAIS menepati skop undang-undang agensi itu.

Sebelum ini, siasatan JAIS terhadap DUMC atas dakwaan ia cuba berdakwah kepada orang Islam dikecam oleh ahli politik Pakatan Rakyat dan NGO.

"Satu lagi yang kita kena faham ialah soal ini dia melibatkan soal agama lain. Jadi dalam soal itu kita kena tengok jugak. Kalau dah sampai kedudukan agama lain terancam dalam soal ini dalam kedudukan soal gerejanya diceroboh, macam mana. Dan bukti tak ada."
Beliau berpendapat jika tidak cukup bukti lebih baik kes sedemikian ditutup kasar, jangan dipanjang-panjangkan kera ia mempunyai impilasi negatif.
"Saya kata macam ini, kalau bukti tak ada tutup saja . Tutup buku. Apa pulak bukti tak ada masih lagi kita seolah-olah melihat orang-orang ini beralah. Macam mana . Itu yang saya kata mana ada dalam dunia ini undang -undang kata macam tu. Kalau tak ada bukti , tutup buku, itu saja. Tang mana lagi kita nak cuba seolah-olah nak menunjukkan orang ini masih bersalah walaupun tak ada bukti. Itu yang saya katakan."
Menyentuh tindakan Ahli-ahli Parlimen mencabar beliau menyertai politik, Prof Dr Aziz dalam ketawa berkata bahawa dia tidak berminat menyertai politik dan mencabar ahli politik yang mencabarnya agar menjadi golongan akademik sepertinya.

"Nak mencabar saya berhenti pasal apa. Kenapa saya harus berhenti. Saya tak minat poltik. Saya bukan nak kedudukan dia. Kalau dia rasa nak lawan saya masuk ke sinilah, cuba jadi ahli akademik . Apa pulak saya lawan dia. Bila masa saya nak lawan dia. Apa pula timbul soalan berhenti politik masuk bertanding. Ini apa ceritanya."

0 Komen pengunjong :