Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

WikiLeaks: Sabitan bersalah terhadap Anwar hal serius

KUALA LUMPUR: Pendedahan kabel pemberi maklumat WikiLeaks, bahawa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib berusaha untuk memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, merupakan satu campurtangan mahkamah yang serius.
Peguam, Ram Karpal Singh berkata demikian sewaktu mengulas berita tentang kabel diplomatik Amerika Syarikat yang mengandungi laporan dari duta Amerika di Malaysia ke Jabatan Negara itu.
Kabel yang dibocorkan WikiLeaks itu, dihantar sekitar tahun 2009 oleh James R Keith ke Kedutaan AS di Kuala Lumpur yang menyatakan bahawa Najib dan elit Umno membuat keputusan mendakwa Anwar bagi memastikan Ketua Umum KEADILAN itu dipenjarakan dan karier politiknya musnah.
Bercakap lanjut, Ram Karpal berkata pada peringkat ini, perjalanan mahkamah dalam kes yang dianggap sebagai konspirasi politik itu perlu dihormati tanpa sebarang campur tangan.
“Kes Fitnah II ini tiada sesiapa pun boleh persoalkan selain daripada perintah mahkamah. Proses keadilan perlu dihormati, perlu dilaksanakan dengan sempurna.
“(Campurtangan) itu sudah mengganggu perjalanan keadilan dan proses mahkamah. Pada tahap ini masih ada banyak yang perlu mahkamah perhalusi.
“Hanya mahkamah yang akan menentukan samada Anwar bersalah atau tidak,” kata Ram Karpal.
Dalam kabel sama juga dilaporkan bahawa Keith percaya jika kerajaan Malaysia mendapati tiada bukti kukuh terhadap Anwar, mereka akan menarik diri daripada kes itu dan membebaskan Anwar ‘tanpa melepaskannya’ (discharge not amount to acquittal).
Ia bermaksud sekiranya pendakwaraya memiliki bukti terbaru, mereka boleh mendakwa Anwar semula selepas beliau dibebaskan.
Mengulas perkara itu, Ram Karpal berkata setakat ini isu berkenaan tidak timbul kerana perjalanan kes ini masih panjang. Bahkan, mahkamah masih perlu meneliti banyak perkara dalam mendengar kes tersebut.
“Perjalanan perbicaraan masih jauh. Jika pun ada sebarang kemungkinan pada peringkat ini, mahkamah akan membebaskan Anwar sepenuhnya (acquit and discharge) atau mensabitkan beliau.
“Melepaskan tanpa membebaskan bukan kebarangkalian yang saya lihat akan berlaku pada peringkat ini,” kata Ram Karpal.

0 Komen pengunjong :