Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

NUBE ragui PM lindung pekerja, dakwa populariti Putrajaya susut

KUALA LUMPUR, 6 Sept — Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan (NUBE) yang pernah digambarkan sebagai pendukung kuat Datuk Seri Najib Razak, kini meragui kepimpinan beliau sambil mendakwa populariti kerajaan Malaysia terus menyusut di kalangan pekerja.
Kesatuan mewakili 30,000 pekerja mendakwa Najib selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan gagal menyelesaikan isu-isu pekerja industri perbankan, khususnya menyentuh Maybank yang dibawa kepada perhatian beliau sejak setahun lalu.
Setiausaha Agung NUBE J Solomon berkata, kemerosotan populariti kerajaan Malaysia disebabkan banyak faktor, antaranya termasuk bertambah luasnya jurang pendapatan antara miskin dan kaya selain penindasan ke atas pekerja dan juga kenaikan kadar inflasi.
“Dengan aktiviti kesatuan sekerja yang makin meningkat, pengecilan hak-hak dan penurunan paras pendapatan sebenar, rakyat Malaysia semakin kecewa dan perasaan ini terus membesar,” kata Solomon dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Solomon berkata, kini dasar-dasar kerajaan disediakan sedemikian rupa dengan menjaga kepentingan golongan bisnes semata-mata.
“Yang (tindakan) ini adalah perkara yang betul perlu dilakukan, tetapi ia dijalankan atas kos kepentingan pekerja-pekerja Malaysia,” kata beliau.
Sehubungan itu kata Solomon, pendirian membisu Najib ke atas aduan-aduan yang pernah dibuat berkaitan Maybank, bank terbesar dan syarikat berkaitan dengan kerajaan, tidak akan membuatkan beliau disayangi oleh publik.
“Maybank dengan berani dan kejam telah melanggar standard-standard antarabangsa berkaitan hak asasi manusia, mempersenda undang-undang Malaysia dan menyebabkan jurang pendapatan semakin meluas,” katanya lagi.
Tegas NUBE, setahun sudah berlalu pihaknya merayu kepada Najib mengenai masalah yang dihadapi dengan pengurusan Maybank.
“Tetapi sehingga kini Perdana Menteri tidak memenuhi rayuan agar dibantu meskipun menjadi penyokong kuat kerajaan,” kata beliau lagi.
Sehubungan itu kata beliau, NUBE tiada pilihan melainkan mengadakan kempen jelajah di seluruh negara untuk menjelaskan sejauh mana Maybank telah mengeksploitasi pekerja-pekerja miskin dan memperlekeh hak-hak kesatuan sekerja, yang mempunyai impak langsung ke atas pekerja-pekerja bank.
“Jika ini tidak dihentikan, ia akan merebak membabitkan semua pekerja Malaysia,” katanya lagi.
Sejak dua tahun lalu, NUBE berhadapan dengan dua isu penting iaitu mendesak agar 7,000 anggotanya yang berjawatan rendah di Maybank diberi bayaran bonus tertunggak 80 bulan.
Ia menuntut bonus sebanyak 80 bulan untuk anggotanya berdasarkan rasional bahawa pengurus kanan dan pegawai kontrak bank itu mendapat bonus lapan bulan setiap tahun sejak 10 tahun lepas, yang tidak diberikan kepada anggota NUBE.
NUBE membuat permintaan itu berasaskan tindakan Maybank membayar bonus lapan bulan setiap tahun bagi semua eksekutifnya sejak 10 tahun lalu.
Sebelum ini Solomon berkata, eksekutif berstatus kontrak yang berkerja hanya untuk beberapa tahun juga  berhak ke atas bonus tersebut sedangkan mereka berjawatan rendah yang berstatus pekerja tetap yang berkhidmat lebih 30 tahun tidak diberi hak itu.
Beliau berkata tindakan bank itu adalah tidak adil dan bersifat diskriminasi. NUBE mempunyai pertikaian dengan Maybank berhubung isu bonus sejak Jun 2009.
Selain itu, NUBE juga berhadapan dengan masalah ekoran keputusan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja meluluskan pembentukan kesatuan dalaman pekerja bukan eksekutif Maybank kerana ia bercanggah dengan Seksyen 12 Akta Kesatuan Sekerja 1959.
NUBE bertegas bahawa seksyen itu dengan jelas menyatakan bahawa kesatuan sekerja lain tidak boleh didaftarkan jika telah wujud satu kesatuan sekerja yang mewakili pekerja dalam sesebuah syarikat, perniagaan, pekerjaan atau industri.
NUBE yang berusia lebih 50 tahun mewakili 5,000 pekerja Maybank. Ia juga anggota Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

0 Komen pengunjong :