Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Bersih 2.0 - Beza undi PR dan BN hanya 5%

KUALA LUMPUR: Fenomena perhimpunan Bersih 2.0 yang melanda rakyat Malaysia baru-baru ini, telah memberikan momentum yang cukup besar kepada Pakatan Rakyat, berbanding Barisan Nasional.
Keadaan itu menjarakkan hanya dua peratus perbezaan undi antara dua gabungan parti politik itu menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13, kata pengasas Zentrum Future Studies, Dr Abu Hassan Hasbullah.
“Perbezaan antara undi Pakatan dan BN hanya 5 peratus hingga 7 peratus sahaja ekoran perhimpunan Bersih tempoh hari.
“Ini kerana gambaran situasi sebenar berlaku dalam perhimpunan Bersih yang memperlihatkan kebangkitan politik generasi baru yang dikuasai golongan muda dalam lingkungan 21 hingga 40 tahun,” kata Abu Hassan kepada KeadilanDaily.com.
Abu Hassan memberi respon berhubung kajian yang dibentangkan penganalisa politik, Wong Chin Huat dalam satu seminar baru-baru ini yang menyatakan perhimpunan Bersih pada 9 Julai lalu, mungkin melonjakkan kerusi Pakatan Rakyat daripada 75  kepada 100 kerusi dalam PRU akan datang.
Wong yang juga ahli jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 dalam seminarnya di Universiti Monash, Sunway berkata, peralihan sokongan itu  kerana reaksi rakyat terhadap tindakan kerajaan BN yang mengubah sentimen mereka di sejumlah 55 kerusi marginal yang dimenangi kedua-dua pihak.
Mengulas lanjut, Abu Hassan berkata, beliau percaya lanskap politik tanah air boleh berubah berdasarkan demografi dan corak pengundi dalam PRU akan datang.
“Perkara ini lebih jelas apabila Pakatan mula menguasai kawasan semi bandar dan bandar,” katanya yang Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya.
Kata beliau, walaupun pillihan raya diadakan sama ada hujung tahun ini atau awal tahun depan, namun situasi kini memberi lebih banyak kelebihan dari segi undian kepada Pakatan Rakyat.
“Kalaupun PRU diadakan awal tahun depan, peratus pengundi Pakatan tidak banyak berubah, tapi mungkin BN kurang mendapat sambutan,” katanya.

0 Komen pengunjong :