Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Halang ceramah, polis perlekeh demokrasi- Surendran

KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, N Surendran menyatakan kekesalannya dengan tindakan polis mengganggu ceramah di Kuantan semalam tanpa mengikut saluran undang-undang.
Menurutnya, polis menempatkan lebih 50 anggota, dua trak besar polis, beberapa jip polis dan juga kereta peronda untuk menakut-nakutkan orang ramai yang mahu hadir ke ceramah di Taman Impian, Kuantan, semalam.
Malah, Pemangku Ketua Polis Daerah (OCPD) yang mengetuai operasi itu juga enggan memberikan alasan ceramah dihalang.
Sedangkan, kata Surendran, hak kebebasan berhimpun dan berucap dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
“Apabila ditanya kenapa ceramah itu dihalang, Pemangku OCPD itu hanya menjawab ia terpulang kepada polis untuk meluluskan atau menafikan kebenaran ceramah. Tiada alasan diberikan,” kata Surendran.
Tindakan itu membuktikan gangguan dan penafian ceramah itu bersifat politik dan terdapat arahan umum dari kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri untuk menghalang, mengganggu dan mencegah ceramah dari pihak pembangkang, kata Surendran.
“Apa yang jelas, kerajaan BN menggunakan polis untuk sebagai perkakas politik untuk mendiam dan menekan pembangkang dan pertubuhan masyarakat sivil,” kata Surendran.
Lebih mengejutkan, kata Surendran, adalah ugutan yang diterimanya apabila beliau menegaskan negara ini adalah negara demokrasi kepada Pemangku OCPD itu.
“Beliau menjawab ‘So what? Democracy? (Kalau demokrasi, kenapa?)’
“Beliau juga bertindak agresif dan mengugut ‘You jangan cari pasal’ apabila kami cuba untuk menghampiri mereka dan membincangkan perkara itu,” kata Surendran.
Surendran seterusnya menggesa polis agar menghentikan segera penganiayaan terhadap rakyat yang memakai baju-T Bersih, gangguan ceramah politik, kegagalan untuk membebaskan enam tahanan PSM, serta usaha memburuk-burukkan Bersih dalam media cetak dan elektronik kerajaan – yang semuanya merupakan sindrom runtuhnya tata kelola yang baik dan penafian kedaultan undang-undang.
“Kami mahu kerajaan BN menghentikan segera salahguna kuasa polis untuk tujuan politik, hentikan penganiayaan berterusan ini, bebaskan enam tahanan PSM dan kembalikan kebebasan demokratik rakyat,” kata Surendran.

0 Komen pengunjong :