Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

DAP: Umno tunjuk belang, benarkan kenyataan ala Nazi Perkasa

http://4.bp.blogspot.com/_614_8DBE1JI/TFirb98OkkI/AAAAAAAADgs/5bgWx_ujNSQ/s320/lgm.jpg
KUALA LUMPUR, 20 Jun – Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan Umno seolah-olah menunjukkan warna sebenar parti itu bahawa ia hanya berkepentingan untuk satu kaum apabila membenarkan ugutan ala Nazi disampaikan oleh Datuk Ibrahim Ali dan Perkasa yang diwakilinya semalam.
“Dengan keengganan parti tersebut untuk mengambil tindakan, Umno bersalah atas sokongan terhadap Perkasa dan pendirian parti itu.
“Malah, ia amat jelas sejak sekian lama, sebagaimana ditunjukkan oleh Umno yang kurang mengambil tindakan terhadap kes-kes seperti demonstrasi seperti protes kepala lembu pada 2009 dan pelbagai ucapan pemimpin mereka yang menyamakan kaum India dengan pengemis dan wanita Cina sebagai pelacur,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Kata Lim (gambar), tidak pernah seorangpun dalam sejarah Malaysia mengeluarkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan bersifat perkauman dengan menyeru masyarakat tertentu untuk meyimpan bekalan makanan.
Katanya, kenyataan seperti itu tidak boleh diterima oleh setiap rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian.
Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata ia juga jelas menunjukkan bahawa slogan 1 Malaysia tidak lebih daripada khayalan dan penipuan secara besar-besaran.
“Umno mesti berhenti daripada terus menyemarakkan sentimen perkauman dan agama kerana ia amat berbahaya dan mendorong kepada kekacauan. Hakikatnya, semua rakyat Malaysia hidup secara aman dan tidak mempunyai masalah antara satu sama lain,” kata beliau.
Semalam, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas bersama 164 badan bukan kerajaan (NGO) melancarkan “perang” terhadap Himpunan Bersih 2.0 dengan membakar gambar Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Datuk Ambiga Sreenevasan dan memberi amaran kepada kaum Cina agar jangan keluar pada 9 Julai ini atas alasan “apa sahaja boleh berlaku.”
Ibrahim menegaskan, perhimpunan anti-Bersih 2.0 yang bakal diadakan serentak akan diteruskan dan beliau tidak akan bertanggungjawab atas sebarang insiden tidak diingini.
“Cuba bayangkan jika berlaku huru-hara... jika himpunan Bersih 2.0 tidak dibatalkan, saya percaya kaum Cina perlu simpan bekalan makanan.
“Ya, apa sahaja boleh berlaku. Dan, saya minta agar polis mengambil apa sahaja tindakan dan gunakan kuasa mereka untuk bertindak,” katanya semasa melancarkan Gerak Aman semalam.
Bersih bersama Pakatan Rakyat dan aktivis parti bersedia menggerakan Himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bebas sebagai kesinambungan himpunan yang kali pertama diadakan pada November 2007.
PAS telah berjanji akan menggerakkan 300,000 peserta untuk menyokong perhimpunan itu untuk mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya adil dan bebas pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.
Dalam kenyataannya, Lim menambah, di Pulau Pinang, dasar tender terbuka Pakatan Rakyat telah diserang oleh Umno sebagai menyangkal peluang ekonomi kepada kaum Melayu khususnya.
“Bagaimanapun, falasi terserbut telah terbukti salah apabila fakta menunjukkan bahawa 70 peratus kontrak kerajaan negeri Pulau Pinang adalah diperoleh oleh kontraktor Melayu,” kata beliau lagi.
Dalam perkataan lain, kata Lim, ini menunjukkan bahawa bukannya kontraktor Melayu yang tidak mampu bersaing, sebaliknya kontraktor Umno yang tidak dapat bersaing dalam persaingan adil.
Katanya, sistem tender terbuka dilaksanakan tanpa sebarang rasa tidak gembira di kalangan kontraktor Melayu kerana pihak tersebut bukan hanya memperoleh faedah daripadanya, malah mereka juga berjaya ekoran merit berkenaan.
“Ini jelas terbukti bahawa Umno yang kini secara politiknya telah bankrap tidak mampu untuk mengungkitkan isu lain selain kaum dan agama yang mana ia digunakan bukan hanya untuk menakutkan rakyat, malah juga untuk menutup kelemahan-kelemahan mereka,” kata beliau lagi.
Daripada memfokuskan kepada kaum dan agama, kata beliau, kemungkinan Umno dan Barisan Nasional sepatutnya menjelaskan sebab mereka membenarkan pembinaan loji nadir bumi Lynas di Kuantan, meskipun wujudnya bahaya ekoran tindakan terbabit.
“Bagi menjustifikasikan keputusan tersebut, mereka telah membawa panel pakar radiologi dari IAEA untuk mengkaji kes berkenaan.
“Bagaimanapun, bukan hanya panel tersebut tidak memiliki pakar kesihatan umum dan persekitaran, sebaliknya, IAEA dilihat sebagai dipandu oleh pihak industri dan dijangka membenarkan kelulusan mereka,” katanya lagi.

0 Komen pengunjong :