Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Umno terus perbodoh rakyat untuk kekal kuasa


MARANG, 7 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan siri jelajahnya dengan malam tadi menuduh Umno “memperbodohkan” rakyat negara ini terutamanya orang Melayu melalui “pembohongan” semata-mata untuk berkuasa.  Berucap pada ceramah perdana isu-isu semasa di sini malam tadi, beliau berkata, Umno di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak kini berada dalam keadaan semakin terdesak terutamanya dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13. Anwar meramalkan pilihan raya umum ke-13 tahun ini, sebelum bulan Ramadan.
“Bila saya datang, orang tengok muka saya... ada yang tengok perut saya... ini celaka punya Umno,” katanya secara berseloroh.
Seterusnya Ketua Pembangkang itu bertanya, mengapa apa pimpinan Umno cemas. “... sebab apa Najib tuduh saya macam itu? Ini budaya apa? Budaya Melayu? Budaya Cina? Budaya India? Budaya apa ini?... budaya Najib.
“Sebab apa dia serang (Datuk) Nik Aziz (Nik Mat)? Sebab apa serang (Datuk Seri) (Abdul) Hadi (Awang)? Sebab apa mereka serang saya? Ini sebab mereka berasa cemas,” katanya di hadapan kira-kira 3,000 orang di Madrasah Darul Iman, Kedai Buluh di sini.
Tegas Anwar, rakyat terutamanya orang Melayu “diperbodohkan” dengan tindakan Umno yang mempergunakan media bagi mengelakkan segala kelemahan mereka terbongkar.
“Kenapa saya kata rakyat diperbodohkan? Media kita dikongkong, adakah rakyat tahu masalah ekonomi negara? Tidak... adakah rakyat tahu masalah-masalah yang dihadapi negara? Sudah tentu tidak.
“Sebab itu, saya kata rakyat perlu buat perubahan, orang muda kena ikut trend... orang muda kena berfikiran terbuka... berfikiran bebas untuk menjatuhkan pemimpin yang zalim, rasuah dan mengawal semuanya,” katanya.
Kata Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Umum PKR itu, sekiranya Umno masih berkuasa segala masalah atau penyalahgunaan kuasa yang berlaku tidak akan diketahui rakyat termasuk kes jenayah dan rasuah.
“Kalau sokong Umno, kes bunuh... kes rasuah... kes rogol, semua akan tutup kes.
“Tapi kalau kita tidak bersetuju dan tentang mereka, yang tidak ada akan mereka adakan (ciptakan)... jangan bagi maklumat kepada rakyat, Umno anggap rakyat bodoh,” katanya.
Dalam ucapannya itu, Anwar juga berkata, Umno juga akan memperalatkan apa sahaja termasuk agama bagi memastikan tiada sesiapa yang boleh mencabar kepimpinan parti itu.
“Kes (liwat) saya, bila saya minta dibawa ke mahkamah syariah tidak dibenarkan, malah menteri agama Umno yang halang saya untuk dibicarakan di mahkamah syariah.
“Jadi ini macam mana? Bila saya mahu cabar di mahkamah syariah mereka halang saya,” katanya merujuk kes liwat yang melibatkan Mohd Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lalu.
“Sudah tiga tahun tapi tiada apa yang berlaku, saya tidak buat tapi kata saya buat,” tambah Anwar.
Kes liwat yang melibatkan Anwar itu masih berjalan di mahkamah.
Mahkamah akan menentukan sama ada Anwar akan dipanggil bela diri ataupun sebaliknya pada 16 Mei ini.
Anwar didakwa meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Anwar juga berhadapan dengan pendedahan rakaman video seks oleh “Datuk T” Mac lalu kononnya melibatkan beliau, tetapi telah dinafikan.

0 Komen pengunjong :