Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Protes di Masjid Negara: NGO, Pakatan tolak politik lucah


KUALA LUMPUR: Kira-kira 100 penyokong Pakatan Rakyat dan 80 dari NGO hari ini mengadakan  demonstrasi aman di Masjid Negara di sini menolak politik lucah.
Perhimpunan sempena ‘Hari Amarah Rakyat’ anjuran Gerakan Saf Anti Fitnah (SAF) itu diadakan di perkarangan luar masjid selepas  solat Jumaat bagi memprotes kerajaan Umno-BN melindungi trio Datuk T ‘menyebarkan klip video lucah yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mereka  melaungkan “hidup rakyat”, “hancur BN”, “hancur fitnah”, “hancur TV3″ sebelum bertindak agresif mengoyak, memijak dan  duduk atas akhbar Utusan Malaysia yang dilabelkan sebagai ‘perkakas Umno’ kerana menyiarkan berita secara berat sebelah.
Kumpulan itu kemudiannya mula bergerak ke bangunan Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) untuk menyerahkan memorandum bantahan sambil dikawal ketat kira-kira 50 polis yang memastikan keadaan aman dan lancar.
Polis pada mulanya menghalang kumpulan berkenaan daripada naik ke pejabat JAWI namun kemudiannya membenarkan  10 orang wakil sahaja menyerahkan memorandum itu.
Pengerusi SAF Azmi Abdul Hamid ketika ditemui pemberita berkata pihaknya berjaya menyerahkan memorandum tersebut kepada Timbalan Pengarah (Pengurusan) JAWI Abdul Murat Abdul Wahab.
Memorandum itu  mendesak JAWI melaksanakan peruntukan undang-undang Islam terhadap pelanggaran jenayah syariah qazaf dalam kes tuduhan zina terhadap Anwar.
Katanya, pihaknya juga akan memanjangkan memorandum ini kepada Majlis Raja-Raja  supaya campur tangan dan menghentikan  gejala menabur fitnah dan menghina undang-undang Islam berkaitan sumpah laknat.
“Kita akan kemukakan dulu kepada Sultan Kedah, kemudian Terengganu dan seterusnya.
“Kami memberi tempoh sebulan untuk semua  tuntutan ini dilaksanakan.
“Jika tidak kemarahan kami akan dilanjutkan dengan perhimpunan yang lebih besar dari apa yang diadakan pada hari ini,” katanya.
Perhimpunan itu turut didendangkan dengan deklamasi sajak seniman Dinsman “Jangan Mudah Menuduh”yang menyeru rakyat agar jangan mudah percaya dengan politik kotor yang memfitnah pemimpin.
Turut hadir dalam perhimpunan itu Naib Ketua AMK Khairul Anwar Ahmad Zainuddin, Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis) Ahmad Syazwan Hasan dan PAS Wilayah Persekutuan.

0 Komen pengunjong :