Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pilihan raya Singapura, pembangkang mampu ubah politik – Anwar


KUALA LUMPUR: Pilihan raya Singapura merupakan bukti bahawa parti pembangkang di Singapura sudah mula menyahut cabaran untuk membawa perubahan politik di negara itu.
“Memperoleh hampir 40 peratus undi popular di tengah-tengah kempen untuk reformasi demokrasi, pembangkang Singapura berjaya melakukan perubahan dalam lanskap politik di sana,” kata Anwar.
Demikian dinyatakan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu mengulas keputusan pilihan raya Singapura yang baru sahaja selesai.
Menurut Anwar, keputusan pilihan raya itu juga menunjukkan bahawa kepuasan hati rakyat Singapura terhadap ekonomi kukuh negara itu bersifat luaran semata-mata.
“Realiti sebenar pentadbiran di bawah kuasa yang sama untuk jangka masa yang terlalu lama – ketidakadilan sosial, keperitan inflasi, dan penjagaan sosial yang tidak mampu dibiayai – kini terbongkar,” kata Anwar.
Di sebalik ketiadaan media bebas secara umumnya, parti pembangkang di Singapura tetap diberikan ruang udara di televisyen nasional untuk menyuarakan pandangan mereka, kata Anwar.
“Perkara ini tidak pernah berlaku di Malaysia dan tidak akan berlaku dalam jangka masa terdekat ini,” katanya lagi.
Beliau seterusnya mengucapkan tahniah kepada Parti Pekerja dan parti pembangkang Singapura yang lain di atas prestasi cemerlang mereka walau pun PAP berterusan menguasai 81 daripada 87 kerusi Parlimen di sana.
Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang merupakan parti yang memerintah Singapura sekarang ini sebelum ini menyifatkan pilihan raya itu sebagai yang paling mencabar buat mereka dalam sejarah penubuhan Singapura.
Ia begitu mencabar sehingga PAP terpaksa bertindak memohon maaf kepada rakyat Singapura di atas sikap mereka yang dilihat sebagai angkuh dan elitis hanya beberapa hari sebelum pilihan raya.

1 comment :

  1. Melayu Singapura perlu bijak mengatur langkah.. kuasa internet akan.menentukan kuasa super kroni.. super kiasu.. super nepotisme legasi.lee kwan yew perlu di robek.. perlu di hancurkan.. lee kwan yew celaka perlu iajat cara.mereka.menekan kaum.melayu di singapura... hapuskan legasi dan.hancurkan PAP kerajaan lee kwan yew ... masa untuk gerakan senyap tapi pantas menyerap pada semua melayu.sinhapura... melayu singapura.perlu.membantu kaum.cina.pembangkang yg nak.menjatuhkan kerajaan super kroni dan nepotisma lee kwan yew... bertindak.sekarang..

    ReplyDelete