Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak boleh menganggap lafaz sumpah laknat sebagai hak peribadi kerana ia harus bertepatan dengan syarak Islam, kata ahli Jawatankuasa Kerja Pusat PAS Muhammad Sabu.
Justeru, adalah lebih wajar untuk Najib merujuk terlebih dahulu kepada para ulama atau pun Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung sumpah laknat sebelum mempertahankan tindakan ahli perniagaan Shazryl Eskay melafazkannya untuk mendakwa kononnya Anwar Ibrahim berzina dengan seorang perempuan pada 21 Febuari lalu.
"Hal ini (sumpah laknat) kita kena rujuk kepada ulama, biar ulama menentukan boleh ke tak boleh sumpah laknat itu dan cara prosedur itu kena rujuk ahli ulama khasnya majlis fatwa kebangsaan dan kalau dalam parti Islam daripada syura PAS," kata beliau kepada TV Selangor hari ini.
Semalam Najib memberitahu bahawa setiap orang ada hak untuk melakukan sumpah laknat dan pihaknya menghormati hak itu.
Muhammad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu menjelaskan sungguhpun setiap individu mempunyai hak masing-masing tetapi sumpak laknat erlulah mengikut langkah yang betul dan mengikut undang-undang dan hukum Islam.
"Walaupun ada hak, kita tak terlepas daripada itu di bawah samada undang-undang sivil dan undang-undang syariah," kata beliau
"Begitu juga hak individu mesti terkandung dalam lingkungan agama dan juga undang-undang sivil." tambahnya.
Sebelum ini, dua tokoh agama iaitu Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan Dr Badrulamin Bahrom bersetuju bahawa cara terbaik menyelesaikan isu video lucah adalah mengikut syariat Islam iaitu dengan menfailkan pertuduhan qazaf.
Malah Angkatan Muda Keadilan (AMK) sebelum ini telah membuat laporan Qazaf ke atas Datuk T, namun ia tidak mendapat perhatian media arus perdana.
Mengikut Al-Quran, sumpah laknat hanya boleh dilakukan oleh seorang suami yang menuduh isterinya berzina dan tidak mempunyai bukti lain selain daripada bersumpah.
0 Komen pengunjong :