Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Media perdana bersubahat promosi video fitnah


KUALA LUMPUR: Media perdana di negara ini, seolah-olah menggalakkan dan menyokong unsur jenayah apabila secara terang-terangan mempromosikan video seks fitnah mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf berkata, sekiranya pihak yang menyebarkan video lucah boleh didakwa di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan  Seksyen 5 Akta Penapisan Filem, media yang terlibat dalam menyiarkannya juga dianggap bersekongkol.
“Sikap dan tindakan media perdana khususnya Utusan dan TV3 ini telah melangkaui etika kewartawanan. Dari aspek perundangan, ia melangkaui apa yang disebut sebagai fitnah.
“Isu di sini adalah isu jenayah, di mana badan yang bertanggungjawab adalah pihak polis yang harus mengawal supaya ia tidak memberi mudarat kepada rakyat dan kesan kepada masyarakat,” ujarnya.
“Sikap media perdana ini memberikan gambaran mereka tidak langsung meletakkan kepentingan awam dalam etika kerja mereka,” ujar Yusmadi.
Yusmadi memberikan pandangan sedemikian berikutan reaksi orang ramai yang terkejut dengan media milik kerajaan, khususnya stesen televisyen utama negara, TV3 yang tanpa rasa malu mengulang tayangan sedutan video perlakuan seks tersebut, minggu lalu.
Malah TV3 secara sengaja mendedahkan alamat laman web dan blog yang menyiarkan rakaman itu, secara langsung bertujuan untuk menghebahkannya kepada orang ramai. Apatah lagi, ia disiar menerusi berita pada waktu puncak  yang turut ditonton golongan kanak-kanak.
Selain TV3, media cetak seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian, juga memanipulasi dan memberi promosi yang luar biasa mengenai kewujudan video seks yang kini semakin tersebar di internet.
Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, kerajaan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertanggungjawab terhadap kesan penyiaran video itu kepada masyarakat, terutama kanak-kanak yang menontonnya.
Ia katanya, menggalakkan keruntuhan sosial apabila video fitnah itu ditayang dan dilaporkan berulang kali.
“Tidak wujud etika kewartawanan sama sekali kepada TV3, atau mana-mana media yang mengulang siar bahan tersebut.
“Pegawai KDN yang membenarkan sedutan klip video lucah ditayangkan di media pada waktu perdana adalah ‘syaitan bisu’ kerana bersekongkol untuk membenarkannya,” katanya kepada Keadilandaily.
Justeru, Dr Manuty menuntut mereka yang terlibat untuk bertaubat dan menghentikan perbuatan itu, kerana ia memberi kesan yang cukup besar kepada masyarakat dan memalukan umat Islam.
“Ini bukan isu politik semata-mata, tetapi soal adab dan moral. Anak-anak kita mempelajari dari apa yang kita buat,” katanya.
Sementara itu, Naib Ketua Wanita KEADILAN, Haniza Talha menuntut media seperti TV3 memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana ‘mendera mental’ penonton’.
“Tanpa sebarang amaran dan garis panduan tontonan, TV3 sebenarnya telah mengganggu keharmonian keluarga di negara ini. Sepatutnya TV3 didakwa akibat pelanggaran Akta Penyiaran kerana menayangkan video lucah. Perkara ini amat memalukan.
“Ketika permohonan permit akhbar seperti Utusan Rakyat tidak diberikan, TV3 pula dibenarkan untuk menayang video lucah berulang kali.
“Penyebar video lucah ditangkap. Laporan polis telah dibuat, namun tiada sebarang tindakan diambil. Para mufti, ulama bahkan penganut agama Kristian melalui pemimpin gereja mereka turut menyelar perbuatan tersebut.
“Tidak hairan sekiranya masalah sosial semakin bercambah, kerana seperti ada orang yang menggalakkannya,” kata Haniza.

0 Komen pengunjong :