Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

JPA Perlu Telus Agih Bantuan Pendidikan, Kata Anwar

MUAR 28 MEI : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat,  Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa bantuan pendidikan harus diagihkan dengan adil kepada setiap rakyat Malaysia yang layak tanpa mengira keturunan.

Sehubungan itu, beliau juga mahu bantuan seperti biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam atau JPA seharusnya diberikan kepada pelajar-pelajar cemerlang bagi membantu mereka mengikuti kursus  pilihan mereka.

Bantuan pendidikan adalah tanggungjawab kerajaan sebab itulah, kata Anwar, keputusan diambil untuk menyediakan pelbagai skim meringankan beban pelajar terutama dari golongan miskin.

Malah, katanya,  dalam kes pelajar cemerlang, Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN) bersedia menukar pinjaman kepada biasiswa demi  membantu mengurangkan beban ibu bapa. 

"Siapa kata biasiswa tidak ada? Program kita PTPTN diganti anak miskin mesti dapat biasiswa, mana ada sistem di dunia ni anak miskin tak dapat biasiswa?," soalnya.

Anwar menegaskan bahawa pelajar Cina dan India miskin tidak boleh dinafikan hak mereka mendapat bantuan pendidikan jika mereka mencatat keputusan cemerlang kerana ialah tanggungjawab kerajaan. 

"Kenapa jadi begitu? Orang miskin cerdik bantulah, ada orang kata ada Cina, India tak dapat bagilah tetapi jangan ambil hak orang Melayu punya. Jangan pertikai hak orang Melayu yang pintar yang miskin dapat biasiswa. Saya tak peduli siapa pun jangan pertikai, yang prinsip kita kalau ada anak Cina, India pintar bagilah, orang Melayu takkan miskin." katanya. 
Anwar berucap di hadapan kira-kira 2,500 orang dalam Ceramah Umum Pakatan Rakyat di Parit Pecah, Muar Johor malam tadi.
Baru-baru ini, beberapa pihak mengadu bahawa anak-anak mereka tidak mendapat biasiswa JPA walaupun mencatat keputusan cemerlang dan layak disenaraikan sebagai penerima biasiswa berkenaan.
Ada juga dikatakan pelajar cemerlang terbabit tidak mendapat tawaran di institusi pengajian tinggi dalam kursus yang bersesuaian dengan keputusan peperiksaan mereka. 

Kedatangan Anwar ke Johor kali ini disambut dengan trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan kawalan ketat puluhan anggota polis yang  tiba  di sini seawal jam 7 malam lagi.
Namun ceramah kali ini mendapat kerjasama polis yang mensyaratkan program ini tidak menghalang lalu lintas. Pihak penganjur menyediakan skrin gergasi  bagi penonton di luar bangunan ceramah.
 Turut hadir dalam ceramah ini ialah Pesuruhjaya PAS Johor, Dato Dr Mahfodz Mohamed, Pengerusi Keadilan Johor, Dato Dr Chua Jui Meng,  ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat.

0 Komen pengunjong :