Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Gesaan Najib Bukti Kegagalan Umno Selangor


SHAH ALAM 6 MEI :Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat Selangor, Shuhaimi Shafiei menyifatkan desakan Perdana Menteri, Najib Razak supaya semua jentera kerajaan digunakan untuk merampas kembali Selangor melambangkan kekalutan Presiden Umno itu.
Menurut Shuhaimi, ia juga umpama satu amaran kepada Umno Selangor bahawa usaha yang dilakukan selama ini tidak mendatangkan hasil untuk menggoyahkan pentadbiran Pakatan Rakyat.

"Apa yang disuarakan oleh Najib itu sebenarnya mencerminkan tahap kebimbangan di atas usaha-usaha mereka yang nampaknya tidak berkesan,"kata Shuhaimi.
"Kita sedar taktik itu sudah lama dan sebagai sebuah parti politik yang biasa dengan situasi-situasi seperti ini, Keadilan akan mengambil tindakan yang perlu untuk meneruskan keyakinan dan meningkatkan pengetahuan rakyat tentang agenda-agenda negeri bagi memastikan rakyat terus menyokong Pakatan Rakyat," tambah Shuhaimi.

Shuhaimi yang juga ADUN Sri Muda berkata, walaupun wujud kebimbangan mengenai 'senjata' yang akan digunakan Najib, namun beliau optimis bahawa rakyat Selangor tidak mudah diperkotak-katikkan. 
 "Dosa Umno-BN selama lebih daripada 50 tahun, apa yang dilakukan 20 tahun kebelakangan ini juga, ia tidak boleh dicuci sekali sahaja dengan Najib Razak turun ke Selangor, tidak akan jadi begitu mudah kepada rakyat sebab rakyat kini pandai menilai, melihat dan akan membuat keputusan siapakah kerajaan yang boleh menjaga kebajikan mereka.                

"Rakyat tidak semudah itu untuk melupakan dosa-dosa UMNO-BN lakukan sepanjang tempoh mereka memerintah, terlalu banyak perkara yang jelak di mata rakyat,"katanya lagi.

Ujar beliau lagi, Pakatan Rakyat juga sudah bersedia untuk menggempur BN pada pilihan raya umum ke-13 yang disebut-sebut Najib "sudah hampir tiba".
"Kita bersedia untuk bertempur dalam pentas politik secara demokrasi dan sihat dan Keadilan  bersedia bagi melatih jentera-jentera untuk lebih berpengetahuan dan berpengalaman dalam pilihanraya akan datang.

Najib malam tadi menggesa Umno Selangor melupakan kekalahan pada pilihan raya umum 2008 dan bangkit bagi memastikan Barisan Nasional (BN) dapat merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum ke-13.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor itu dilihat bersungguh-sungguh mahu menebus kekalahan lalu sehingga sanggup menggunakan apa sahaja 'senjata' untuk merampas negari terkaya itu.

0 Komen pengunjong :