Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Video seks: Eskay beri polis sampel DNA


KUALA LUMPUR, 27 April — Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah memberi sampel DNA kepada polis hari ini bagi membantu siasatan berkaitan dengan video seks, didedahkan beliau sebulan lalu, mendakwa si pelaku dalam rakaman adalah seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim. Shazryl berkata polis telah memanggil beliau pagi ini agar datang ke ibu pejabat polis di Bukit Aman pukul 10 pagi.
“Saya secara sukarela telah memberikan sampel DNA hari ini,” kata beliau kepada pemberita di Bukit Aman sekitar 1.30 tengah hari tadi.
Ahli perniagaan itu juga mendedahkan bahawa beliau turut menjawab soalan-soalan tambahan untuk membantu “mengemaskan” kes yang disiasat tetapi enggan memberikan butiran lanjut.
Shazryl menjelaskan beliau akan mendedahkan lebih banyak butiran pada sidang media petang esok.
“Saya akan memberikan lebih banyak maklumat esok,” kata beliau.
Pada 20 April lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis akan menyerahkan semula laporan kertas siasatan kes video seks itu kepada Pejabat Peguam Negara dalam waktu terdekat.
Ismail berkata kertas siasatan kes berkenaan yang dihantar pertengahan bulan lalu dan telah dipulangkan semula oleh Pejabat Peguam Negara untuk semakan semula.
“Ada sedikit semakan yang perlu dibuat dan itu adalah perkara biasa.
“... dan kita memang mahu siasatan berhubung kes video seks itu disegerakan,” kata beliau.
Siasatan itu dijalankan selepas rakaman video seks dipertontonkan kepada wakil media terpilih 21 Mac lalu.
Tiga hari kemudian, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata polis masih menjalankan siasatan berhubung rakaman video lucah itu kerana ia memerlukan penelitian bagi melengkapkan siasatan.
“Berilah masa kepada polis untuk meneruskan siasatan serta tidak perlulah polis mendedahkan apa yang mereka lakukan dalam siasatan itu dari sehari ke sehari,” katanya di sini.
“Kita jalankan kerja kita dan apa juga keputusannya kemudian akan diumumkan, kalau bukan kita pihak Peguam Negara akan umumkan,” kata beliau.

0 Komen pengunjong :