KUCHING, 11 April – Parti Keadilan Rakyat (PKR), satu lagi komponen Pakatan Rakyat menggesa Datuk Seri Najib Razak agar mengumumkan tarikh Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan melepaskan jawatan ketua menteri dan bakal penggantinya.
Pagi tadi, DAP meminta ketua menteri paling lama itu melepaskan jawatannya sekarang.
Petang ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak keikhlasan Najib dengan menyifatkan janji Pengerusi BN itu sebagai “satu lagi gimik politik untuk mengkaburi penilaian rakyat.”
Anwar meramalkan Najib akan gagal menunaikan janjinya meskipun beliau merupakan perdana menteri dan pengerusi BN.
Katanya, Najib tiada pengaruh ke atas Taib yang tidak pernah tunduk kepada pemimpin berpengaruh seperti Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.
“Janji ini pernah dibuat sebelum ini, jadi sama ada Dr Mahathir berbohong atau beliau tiada kapasiti untuk mengatasi pengaruh Taib,” kata Ketua Umum Pakatan Rakyat yang merujuk kepada kegagalan Dr Mahathir untuk memastikan Taib berpegang kepada janji yang sama 16 tahun lalu.
“Ini ulangan kepada apa yang berlaku sebelum ini,” kata Anwar sambil menambah, beliau yakin Najib tidak akan menunaikannya.
“Jika beliau serius dan bertekad untuk melakukannya, beliau perlu membuat pendirian sekarang... bila Taib akan meletakkan jawatan dan siapa yang akan mengambil alih,” kata Anwar lagi.
Dalam pada itu, ahli jawatankausa kerja PAS pusat Datuk Husam Musa pula menyifatkan kenyataan Najib semalam mencerminkan satu sandiwara Perdana Menteri untuk mengaburi mata rakyat.
“Jika beliau benar-benar serius dalam perkara ini, Perdana Menteri harus terus menamakan pengganti yang telah dipersetujui oleh Tan Sri Taib untuk mengambil alih tampuk pentadbiran negeri.
“Tan Sri Taib Mahmud telah pun mengeluarkan kenyataan untuk berundur daripada jawatan Ketua Menteri sewaktu pilihanraya 2006 tetapi sehingga sekarang masih belum melakukannya,” kata beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan.
Kini, kata Husam, janji tersebut diulang tayang semula kepada rakyat Sarawak sebagai harapan palsu bahawa perubahan akan berlaku.
“Ketua Menteri yang ada kini sudah terlalu lama memerintah.
“Beliau gagal membersihkan diri dari isu-isu mengaut kekayaan melalui jawatannya, anak-anaknya, kronisme dan penggondolan hutan semula jadi Sarawak dan membiarkan sebahagian besar rakyat Sarawak tertinggal dalam kemunduran, kemiskinan dan suasana terancam,” kata beliau.
Husam juga berkata, sekalipun isu-isu rakyat Sarawak bukan sekadar berbangkit dari cara pemerintahan Taib yang berkisar kepada pengkayaan kroni tetapi lebih kepada dasar-dasar BN Sarawak yang telah terlalu lama memerintah, namun pengunduran Taib adalah sangat perlu untuk perubahan.
“Justeru itu, untuk mengelakkan Tan Sri Taib membina dinasti keluarga dengan menamakan adik beliau, Datuk Seri Muhamad Ali Mahmud, Perdana Menteri harus menamakan pengganti Tan Sri Taib sebelum hari pengundian.
“PM dilihat memberikan restu untuk Tan Sri Taib sekali lagi menjadi Ketua Menteri Sarawak dengan membelakangkan tuntutan perubahan oleh majoriti rakyat Sarawak dengan mengizinkan beliau bertanding semula,” katanya lagi.
Kata Husam, perdana menteri dengan itu telah bersekongkol mengizinkan penindasan yang dilakukan oleh BN Sarawak ke atas rakyat Sarawak berterusan dan lebih mengutamakan perasaan individu pemimpin dari suara hati rakyat terbanyak Sarawak.
HAIRANNYA KAWE NI,KENAPA ORANG MALAYA BERSUNGGUHN2 MAU TAIB TURUN?
ReplyDeleteSEDANGKAN MAJORITI ORANG SARAWAK MASIH MEMERLUKAN KEPIMPINAN TAIB!
ORANG MALAYA YANG HANYA DATANG DAN PERGI SEKADAR PANDAI MENABUR JANJI KOSONG TERHADAP RAKYAT SARAWAK!
MEMANG PANDAI BETUL MEREKA BAWA LAWAK BODOH KE SARAWAK!
DAN MENYUBURKAN BENIH2 FITNAH,
KUTUK-MENGUTUK,MENGHINA DAN PELBAGAI TOHMAHAN YG TIDAK MASUK AKAL LANGSUNG....ADILKAH ITU?
LEPAS PILIHAN RAYA NANTI...RAKYAT SARAWAK AKAN MEMBASUH TAHI DAN NAJIS YG DIHAMBURKAN MEREKA DI SELURUH SARAWAK
SEDANGKAN MEREKA BALIK SENANG LENANG KE MALAYA TANPA MERASA BERSALAH DAN BERDOSA!!!!
INGATLAH RAKYAT SARAWAK...JGN DIPERBODOHKAN OLEH PUAK2 INI
SELAGI KERAJAAN PUSAT MASIH DI BAWAH BN...
BAGAIMANA MUNGKIN PR NAK MENGUBAH SARAWAK????
DAPATKAH MEREKA MENUNTUT AGAR KERAJAAN BN DI PUSAT MENAIKAN ROYALTI PETROLIUM/MINYAK DARI 5% KE 20% KALAU MEREKA MENANG PILIHAN RAYA INI NANTI??? ADA AKALKAH?
JAWAPANNYA:MUSTAHIL SAMA SEKALI KERAJAAN PUSAT NAK LULUSKAN....
MALAH ROYALTI KELANTAN JUGA DITARIK BALIK...
MATA BUTAKAH??
TELINGA PEKAKKAH??
ISU TANAH DAPAT SETELKAH???
MUSTAHIL SAMA SEKALI MEREKA DAPAT SELESAIKAN ISU TANAH DI SARAWAK WALAUPUN MEREKA DIBERI TEMPOH SEJUTA HARI....APATAH LAGI KALAU 100 HARI
MEMANG INILAH PEMBOHONG MEGA DI ZAMAN INI....
INGAT RAKYAT SARAWAK...
KALAU NAK UBAH INI BUKANLAH MASA YANG SESUAI...
KITA TUNGGU PILIHARAYA PARLIMEN NANTILAH...SABAR DAHULU...
KALAU PARLIMEN DAPAT KITA UBAH..NEGERI SARAWAK SECARA OTOMATIK AKAN DIUBAH DENGAN SENDIRINYA..
ADA HOTAKAH? ....HANG PIQIKLAH SEORANG2