Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Jangan cakap pasal rasuah ketika kantong negara kontang- Idris Ahmad

KUALA LUMPUR: Pas menasihati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak bercakap tentang soal rasuah ketika kantung negara semakin kontang, kata Ketua Penerangan Pas Pusat, Idris Ahmad.
Beliau mengulas kenyataan Najib baru-baru ini yang menyatakan kebimbangan mengenai bahaya rasuah yang dikatakan berupaya menjejaskan pendapatan negara.
“Ucapan Najib hendak memerangi rasuah dan ketirisan, sama seperti kita menasihat orang miskin untuk berjimat cermat. Sepatutnya nasihat berjimat ketika kaya bukan waktu miskin.
“Jangan bercakap tentang bahaya rasuah ketika kantung negara kian kosong dan projek semakin kontang,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Idris, Pas terkejut kerana Najib seolah baru sedar mengenai bahaya rasuah- yang memberi kesan dari sudut keselamatan negara sehingga kepada soal ekonomi.
“Mungkin beliau baru sedar rasuah merupakan barah yang boleh membawa kehancuran negara apabila wang negara semakin mengucup, sehingga projek untuk kroni tidak boleh diberikan lagi,” ujar Idris.
Hakikatnya, tambah beliau, Barisan Nasional gagal untuk membasmi rasuah kerana ia parti yang hidup dengan rasuah tidak kira sama ada ketika pemilihan parti itu atau pilihanraya umum.
“PAS merasa pelik, apabila kerajaan hendak memerangi rasuah, yang diburu ialah pegawai-pegawai kerajaan. Baru-baru ini 60 orang pegawai kastam Diraja Malaysia  yang diburu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  untuk siasatan berhubung kes rasuah dan penggubahan wang haram.
“Persoalannya kenapa pemimpin-pemimpin politik yang berskala jerung tidak diburu. Selalunya yang menjadi mangsa ialah ikan bilis dari kalangan pegawai kerajaan sahaja,”
Menurutnya, dalam isu penyelewengan RM32 juta wang Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), kerajaan mendakwa Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, sedangkan menterinya, Datuk Anuar Musa ‘hilang entah ke mana’.
“Begitu juga yang ditangkap ialah Setiausaha Politik Datuk Mohd Nor Yaakob yang memiliki wang tunai RM2 juta,” ujarnya.

0 Komen pengunjong :